Friday, October 29, 2010

indah hari ini

hari ini indah sangat.
indah sampaikan mahu senyum seluruh hari.
memori-memori hari ini indah sampaikan kalau mampu mahu capture detik-detik ini dan bekukan pada mesin waktu.
yang tertawa, yang senyum manis, semua ada.
syukur untuk tiap-tiap rasa
bisik untuk esok yang bakal tiba, jangan suram lagi!

untuk dia yang setahun menginjak usia




untuk dia yang setahun menginjak usia,
terus kelip di celah malam ya.
untuk dia yang setahun menginjak usia,
teruskan setiap apa yang kamu percaya
untuk dia yang setahun menginjak usia,
terus berkongsi rasa dan cinta.
untuk dia yang setahun menginjak usia,
sayang dia kini dan selamanya dan insyaallah hingga ke akhir sana

untuk dia yang setahun menginjak usia,
semoga solehahnya terus dicemburui bidadari.
untuk dia yang setahun menginjak usia,
jangan sekali lelah dengan ragam dunia
untuk dia yang setahun menginjak usia,
teruskan berjalan pada masa depan
untuk dia yang setahun menginjak usia,
sayang dia.
sungguh.

dari lubuk nurani syukur buat Illahi.
moga pautan tangan-tangan ini erat hingga ke syurga.


dari : ajue,najwa,aisyah dan hanis





Friday, July 16, 2010

Tanggal kemerdekaan

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia
(uit ape lak da naik harga gula minyak sekalian nak kena promo lagi ke?)

Silap... Salam kemerdekaan! (*fireworks2!)



Dengan berakhirnya oral Patho sebagai garis penamat larian pecutan selama 2 bulan tadi
Maka diisytihar berakhirlah segala tunggang langgang hidup selama ini
Alhamdulillah...terharu sungguh (sob3)
Agenda after exam ape geng?
wah2~ bersusun2!

Listed... check2!
Balik Malaysia (oh no!)
orang 1st balik sebab nak kahwinkan abang dia (penting gila dia nih)
Should now have you things packed
Otherwise you would be very kelam kabut keluar segala bagai syndrome nanti
well girls, we do have less then 24hours to bully her. (terbit tanduk di sini)
Welcome Malaysia! Well for the others, Hussein here we come!!!

Next on the list!
Labbaikallah...Hummalabbaik...Labbaikala syari kalakalabbaik...
Though our study period had end, she still pulling herself
Tawaf, khatam about 30 siries of umrah, mangulangkaji pelajaran2 berguna
Eh of course we'll miss our young nanny very3 much!
Especially teman coba-coba beside her room
And we sadly say our tulang ikan portion will be missing too (sayu di sini)
Welcome Haramain! May HIM granted her with everything she pray (jodoh included,together with result outcome~)

As usual, three of us left...
What to do?
Oh, simple daily routine life I guess
One of us has plan to finish all the Siamese drama put on the youtube
Kap khun kap~
Together with healthy lifestyle that she ought to do (which I barely believe whether berjalan or not...)
Jogging in the morning, spa in the evening, with attending ustaz class
Girls, lets hope and pray she did achieve her goal (tadah tangan semua...ameen~)

What about the other two?
Well, most likely one is busy planning the travelling thing
Go to Alex, Cairo, Matruh Siwa, shopping, gitar bla2
Which of course making her facial expression become more and more likely to wrinkle
It's okay~ Love to see her the way she is (puji2 sikit nanti dapat che mek molek supper nanti okay? puji2 )
And leave the one and only
Ajk perhubungan yeah!
I kindly help to keep all of you in touch with the socialising things
So all plan goes well and may you have safe trip journey
Yeah3!

whatever it is
Still we've one thing similar ought to do
Let's us keep pray that Allah gives us najjah this year
Yakin ada nikmat dalam kesabaran
Yakin ada hikmat dalam penantian
Yakin ada tersirat dalam tersurat
Yakin denganNya
Jadikan hamba2Mu ini paling yakin dengan doa2
namun paling redha dengan ketentuanMu

Allah knows best, cause He's d best planner!
Bear in mind with that
May Allah grant our wish, the one that we pray almost every day



Saturday, July 10, 2010

fantasi ke realiti?

Tonyoh-tonyoh mata kejap, blur bunyi bising orang tekan loceng. Gua nak tido nih. Ape hal pulak ade org main tekan loceng. Eh, kejap apsal gua membahasakan diri gua. Adekah untuk menampakkan tanda-tanda rock dan cool sesudah bangun tido akibat bunyi loceng yang berterusan. Eh salah-salah. Mamai mungkin.batting eyelashes Takpe rileks kejap, padahal dalam hati dah cuak dah pasal 2 3 kali  loceng berbunyi. Eh, tak paham betul orang yang tekan loceng tu. Dah tiga kali tu agak-agak la kan, nak-nak pulak time tu dah pukul 1 lebih pagi. Cuak ape nak bukak pintu. Psycho kot.

Selepas, agak yakin dengan keberanian diri sendiri barulah menapak keluar dari bilik. Oh, muka masa tu tak payah cakap, cukup comel barangkali (eh perasannya)rolling on the floor Keluar je dari bilik, rupanya segerombolan ahli kongsi tidur pun terjaga rupenya dek bunyi loceng yang agak saiko itu (minus seorang ahli active yang suka betol tido lambat, gua tak paham camne nak tido lambat sbb gua cukup time mmg ke katil la jawabnya).

 ala-ala comel muka bila mamai.

Benda pertama sekali terlintas kat kepala gua, adalah pintu kayu ruma kitorg tu berselak atau tak. Takot woo. Buatnya orang tu nak ape-apekan kitorg dia godek-godek pintu kayu yang separuh usang itu. Oke, nasib baik pintu dah berselak jawab ahli kongsi tidur yang lain. Eh, masa ni muka semua dah separa cuak. Muka yang mamai pun jadi segar bugar.

eh, xdapat gmbar sebenar pun xpelah kan, gambar tipu-tipu pun layan.

Lalu, selepas beberapa minit, dengan secepat kilat ahli kongsi tidur meminta bantuan pasukan penyelamat.Mujur, pasukan penyelamat di hujung talian, sanggup meredah kepekatan malam untuk mencari gerangan penekan loceng rumah kami.


oh,ini namanya lega rasanya bila tau pasukan penyelamat akan datang.

Agak-agak keadaan dah stabil, gua pun kembali ke bilik. Tak lama lepas tu, pasukan penyelamat pun memberikan laporannya. Sapekah gerangan penekan loceng itu? Ada nada agak blur di hujung talian berbaur tawa yang berselang-seli. Erk, delivery guy? Gua pun tonyoh-tonyoh mata. Tak, gua tak mimpi. Ini realiti.






Wednesday, July 7, 2010

kasi sharpen bahasa,meh pinjam pengorek

tengok tajuk pun dah tunggang langgang.rojak cendol kari ayam sume campur.tade darah mix cam Fido Aisoh pon kot.awat ang kecek supo lagu ni? [Zack bukhairi tanye camni kan kan?] keh keh keh
..............................................................

Pagi hari Rabu tak macam hari-hari biasa.Memandangkan semalam last paper written maka pukul 9 pagi semua selamba je landing atas katil sambil garuk-garuk gatal baroris.Hari biasa pukul 9 sudah perlu khatamkan buku medik yang 'best'.Siap terbongkok-bongkok hafal nama parasit.

Haip..enjoy gapo nye.Masih ade oral lah .Siap memerlukan broca's area yang stabil dan ampuh dalam bahasa ibunda moyang saya lagi , yaa Bahasa Inggeris. Jadi,agak bermotivasi tinggi untuk memulakan hari membaca berita daripada surat khabar omfuteh sebab bahasa omfuteh saya sekarang memang can't go.Karat.Rusty.Pulang England raya nanti mesti nanny sedih tak faham saya punya cakap.


lisa rakan borak my kampung's accent bila kelapangan dulu-dulu


Ini semua mesti sebab Egypt tak boleh subscribe The Star, selain daripada kuliah yang Dr.akan bertanya 'are you understanding? ' untuk mendapatkan attraction dari pelajar.oh,bukan.attention.


Teingat pulak zaman sekolah menengah..Setiap hari akan 'take turn' dengan kawan meja sebelah nak baca surat khabar dulu.Sampai beratur 'queue' nak nak kalau hari itu ada cerita pasal 'kontroversi artis S dengan Datuk M' atau 'Kerajaan bersedia memansuhkan SPM'.

Selalunya Utusan,Berita Harian dan Harakah akan jadi medium bacaan utama rakan kelas.

Maka, saya yang sering lambat menjerit 'aku nye turn lepas kau' terpaksa membaca The Star untuk warming up.Tak faham pun buat buat paham sambil pinjam mek sebelah punya kamus digital Besta yang bila tekan keluar suara orang tu.Woah..semangat punya zaman.

Cop,bile masa mrsm kau subscribe The Star?
.......
Erk...tade eh?Mungkin baca abah punya kot




nota hiasan : saya sudah berhenti baca The Star.boycott.meh baca Manga.

Saturday, July 3, 2010

the beauty

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda
"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah S.W.T maka...

  • Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah S.W.T.
  • Barang siapa yang berpuasa pada tanggal 27 Rejab/israj mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
  • Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bula Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.
  • Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal1, 2 dan 3 Rejab  maka Allah S.W.T akan memberi pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkan dari bahaya dunia dan seksaan akhirat.
  • Barang siapa yang berpuasa selama 5 hari dalam bulan ini, i.allah permintaanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
  • Barang siapa yang berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutpkan 7 pintu neraka jahanam dan barang siapa yang berpuasa 8 hari maka dibuka 8 pintu syurga...
  • Barang siapa yang berpuasa selama 15 hari dalam bulan ini, maka Allah S.W.T akan mengampuni segala dosa-dosanya yang lalu dan menggantikan semua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah akan menambahkan pahalanya.
Sabda Rasulullah S.A.W...
"pada malam israj mi'raj , saya melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk dari air batu, dan lebih wangi dari minyak wangi, lalu saya bertanya kepada jibril as "wahai jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka Jibril menjawab "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini".
Dalam sebuah riwayat Thsauban bercerita..
"ketika kami berjalan-jalan dengan Rasulullah S.A.W kesebuah kubur, lalu baginda berhenti lalu menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada Allah S.W.T. Lalu saya bertanya kepada baginda.."ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?..lalu baginda bersabda.."Ya Thsauban, mereka itu sedang diseksa di dalam kuburnya dan saya berdoa kepada Allah S.W.T, lalu Allah meringankan atas mereka.
Sabda baginda lagi " wahai Thsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab, nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur. Thsauban bertanya lagi.."Ya Rasulullah...apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam di bulan Rejab sudah dapat mengelakkan seksaan kubur?
sabda baginda "Wahai Thsauban, demi Allah yang telah mengutuskan saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana Allah S.W.T, kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.

Friday, July 2, 2010

mahu

Aku ingin membungkus hati lalu campakkan ke mana-mana gaung,
Supaya tak dihujani buih-buih ragu,
Kamu mahu ikut?

Monday, June 28, 2010

mari kita terjah

meh kita tepek barang entry sikit, kalau nak tunggu dak tu, eh dak mana? dak tu lah. bila entahnya.meh kita usha sikit blog ape yang best untuk dibaca, aiceh bunyi macam review plak kan, ha lebih kurang la tu bunyi nye kan. jom-jom tengok blog ape yang dak-dak rumah ni suka membuang masa dan membaca, masing-masing pun ada citarasa sendiri, ada la yang ilmiah sikit, tapi yang tak berilmiah pun banyak jugak.ceh, konon-konon nak seimbang ye tak?

                                 tengok-tengok, wah berbangga tau baca belog ni, untuk segala informasi terkini.


oke, ni kalau nak kata bias pun xkesahlah, nak letak gak. best ape layan belog incik nih, incik nih doktor. dalam rumah nie, dak berdua je yang suke bace belog incik nih, yg len sume tarik muka, why? why? tapahamlah, kenapa yg len x minat bace belog incik nih..hahaha

oke, ni dah nampak masing-masing senyum simpul, ni tak bias la kan, ini belog sume dak-dak rumah pun layan, eh betul ke? rase betul dah. bukaklah belog ini, nti paling-paling kurang hilang stress dengar ade cover lagu baby tp bukan version justin bieber tu. tak suke.

mari-mari, ceh bunyi cam promote lak kan, ha belog nih pn mula menambat hati dak-dak nie. awal-awal tu ade gak yg pesimis, best ke belog ni?? ha sendiri jawab, eh ke jawap? alamak kantoi bahasa.

oke, nih belog comel sgt. penulis belog ni dh berpangkat ibu. tp tak rugi pun kalau usha belog ni.sile-sile.

ye, sapa suke belog ni angkat tangan? bolehla layan belog ni kalau rasa nak perasan comel sikit. tapi, tak sure pulak dak-dak ni suke tak. entah-entah diri sendiri je suke.

hahahahahahahhaa..rolling on the floorgelak suka. ini memang totally bias. sape je suke belog incik ni? tp sy suke. entry die lebih kepada kena kupas ah, which I like sbb laen dari yang laen. sile lah layan wahai dak-dak rumah sekalian.rolling on the floor

oke, dah penat tulis. see banyak kan belog yang tak berilmiah dari berilmiah..huhuhuhu..nak wat camna. dah suke. oh sebelom lupe, ini belog utama perlu baca.



ini belog ke? bukan lah, tp ni kene ah amik tau perkembangan dunia walaupun akhbar nih pn ada bias gak. isk. eh, tp sy tak suke bace berita. mujur ada tukang ulas berita dalam rumah ni. mujur.angel

Wednesday, May 12, 2010

~kelip2 ku sangka api~


salam a'alaik..

biar mati anak,jngn mati adat,
biar mati adat,jngn sampai tenat..
mksudnyer=kami ni ade je..cume blog je xbergerak..fuh!(buang habuk)

hmm..just wanna jote sumthing..
today,as usual i was left by budak2 umah..
actually,byk perubahan dah berlaku since berbulan2 xhupdate blog..
the most prominent thing yg nmpak..
"rajin btul bdak2 umah haku ni g gym"..yosh!

so,back to our story..
if i want to write here about ammurah's story mmg xtertulis la..
(yg sedih,suka,karut marut sume ade..)
but,let me remember what kind of story that can be shared..
hmmm...???
oh yar!

lately ni our life so miserable..
bak kate pepatah"hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik d negeri sendiri"..(sejak ble reti gne peribahasa dolu2 kala nih)
hmm..xtau la pepatah ni kne x dgn ape yg nk d ceritakn..
(rs mcm xberkait..haha abaikan!)

mula2,blander rosak..
pastuh,mesin basuh..
lastly our beloved peti sejuk(tmpat simpan segala jnis harta karun dan khazanah2 perut ketika ia berkeroncong!)
lpas ni xtaw la~

jd,ape kaitan nyer dgn peribahasa tu??
- la..kn dah bg taw..mmg xde kaitan pun..
tgk tajuk post pun dah tahu..merapu! :p hehe
tp yg ni ade la berkait ckit2..

actually the main point nk bg taw nyer pasal xem..
so,when we talk about the xem,of course we need to have a schedule..
kan,kan,kan..

and..the miserable thing that happened is...
our department are the most rajin department in the world!
bcoz,every week our schedule were changed..
tahap tension pun dah melepasi level Giga..

tp apepun,ammurah always cool..
esok makan pau! (see! xberkait lg)
~we love EGYPT~

Thursday, February 11, 2010

I missed the train

I saw her in the railway station.

There was nothing special about her compared to the others.

And yet, I kept looking at her.

She was sitting on the bench with her hand holding a ticket. A train's ticket I guess.

I didn't know where she is heading to.

And why? Why I'm looking at her from the distance.

I just didn't know.

There was something.

In her eyes

All over her face.

But...

There was no reason.

The train arrived.

I made my way towards the train and it was this time,I took a glance over her.

She stood up from the bench and turned back instead of taking the train.

And the ticket dropped off her hand.


Thursday, February 4, 2010

p/s

Though the morning started real quick, though the winter is chilling out real soon, though the year is moving ahead of us. Nevertheless, we are still standing beside of each other. We made a right call. The bond is still there. Heh, I'm pretty sure every single of us has deeply known each other well enough despite there was a few numbers of quarrel. Haha. Quarrel cherish out the day. At first, there was an edging between us. Or at least, the manners was still there. We refused to divulge our true colours. Well, first impressive is what we called it nowadays. From 5 persons, we opened the spaces to another one person. Ukhuwah is not limited right? The same day, we made the ukhuwah there were 6 of us. Technically, the 6 of us were trying to survive living in Mansoura back then. In fact, we still are trying to adapt. Ain't that right?

So ,our first house was located at the block B. Around the Jeehan street. It was a so-so called house. Everything about the house was perfect till the heater broke down. Yeah, as usual, heater is the main important electrical things as winter approaching. Who would dare to live without heater? It was us. Miraculously, we survived by making a 'nomad'. Moving on from one house to another house when it was the time to take bath. Haha. Luckily, the whole block occupied with our friends. So, that was the minority problem we had. The biggest problem we had, was when we received the bill. Electrical bill. Mind you, I'd said regarding the bill, it was completely ridiculous. Ask anyone in the block about B7.( It was our house) We had the most highest expenses for the bill, though I did tell that the heater broke down right? The bill reached 1000 LE. Blink-blink.

Oh, we were naïve back then. Never had the guts to fight back.( I thought somebody did fight..haha)Apparently, Malaysian people are just so adorable. Pretty amusing with all the nice behavior. We respect people who are older than us. Ain't that right? But here, it's totally different I might said.(Correct me if I'm wrong) Not so bad I would say, but a more like 'rude'. Erm, it does sound bad. Not appropriate. Well let's say it this way, they are more or less 'kasar'. Sometimes it did leave a pain in the ass. Technically, what they did to us mostly hurt. But we get used to it day by day, year by year. Don't worry!

But, living here, well do teach us a lot of things. And mostly wonderful events and miracle events sometimes happened. We learnt to be independent(and yet still had those kind of homesick feeling haha), to be more mature for whatever decision we made and face the consequences. It was beautiful and yet it is. No objection. This road, this way we chose it. We might as well end it up very well. And for that, happy anniversary to our blog and of course this bond. May it blossom through out the whole life.

p/s: Always 143 for all of us

p/s again: our new house is amazing. No doubt.

p/s again and again: have a safe journey everyone, some might be heading out of Egypt.haha.

p/s again : a warm hello to readers too.ops. I bet there is no more anymore..haha

Sunday, January 24, 2010

Saat awan mendung berarak

Salam imtihan buat warga rumah
Ya, title post memang agak sentimental
(Miss N3 berhati waja sila jangan muntah hijau dahulu)
Sebenarnya melihat ke langit luar
Mendung, tapi tak hujan2 jua (Memang sedang rindu hujan itu)
Hari ini nampaknya semua orang mood juga berubah2

Ada yang itu sedang malayan hari malasnya
Hari malas sedunia katanya, walhal malas sebilik dia sahaja pun
Ada yang itu nampaknya sedang fokus stady
Wah, bersemangat dia bila dapat tahu tiada graf masuk periksa
Semua arif dia memang manusia anti-sebarang-jenis-graf no 1 dan paling terkemuka
Yang itu?Agak seperti biasa
Berusaha meningkatkan kerja2 HCl n saliva secretion
Pada masa yang sama giat melatih otot2 stomach bekerja keras di musim2 seguk ini

Ahli sebelah sini? Usah ditanya
Siang tadi yang itu emo dengan orang atas
Wah,berapi dia murka, ditendang dinding bilik orang lain jurus silat buah hikmat
Yalah, dia sopan. Boleh pula orang atas main cikucak sambil tekan tingtong tingtong
Ahh~ bising dan mengganggu masa dia dengan Tuhan. Sapa x geram kan?
(Eh, maaf, terdescribe detail pula. xpelah, sebelah sini berdua sahaja ahlinya...)
Sorang lagi pula sedang pening mahu masak apa
Serasa macam sume resipi sudah dicuba, aci campak serta rasa segala bagai
Aih, camane mak2 masak sentiasa sedap, lauk rotation variasinya sebulan
Tidak jemu pula dijamah. Oh, cepatlah mak sape2 datang masakkan anaknya tolonglah~

Situasi2 biasa dalam trimester pertama minggu periksa
Nanti dah habis sume pun berjalan menerawang entah ke mana2
Yang berdua itu insyaAllah terbang ke Turki dengarnya
Sorang pula sudah ditempah ambik tender masak-memasak di Alexandria. Wah, lumayan!
Lagi berdualah yang akan menjadi penunggu rumah yang setia
Xpe, janji sume hepi bahagia, ya? ya?


(Nampak tak yang hujung tu memegang garpu dengan agak rakus. Takoootnya!!!)





Tuesday, January 19, 2010



...kawan-kawan cepat senyum kita kira dari satu
sengaja berlagak spt ketua kelas darjah satu mengeluarkan titah perintah sebab nak rasa muda.
oh memanglah sindrom masyarakat puluhan tahun haihh....*tejebak*

okkelah..stret to da point,hari ini mcm rajin nak berkongsi satu fakta.sbb dah tahu korg mmg suka info yg ada label fakta je kalo mitos konpem..'haishh ape ni org tua la ko mitos-mitos plak' ..erghh..

your friend is your mirror
feymes kan fakta nih.mcm selau-selalu je dpt forward msg comel2 kat hp psl fakta ni.[skrg mcm tak la kot since tade sape nak rajin forward bile kene charge tiga posen satu msg ceh!]
kawan hangpa chermin hangpa bila translate org utaranye ' language'.saya kasi trim lagi,orang sekeliling anda adalah cermin refleksi diri anda..huwaa..byknye cermin..save bajet nih.lepas nih tayah kua 20sen tiap kali nak masuk toilet awam semata-mata nak 'maintain' rambut.[dak laki la nih salu wat pompuan xde touch up-touch ni ngeh :D]

ada sorang nih yang sgt serius.tgk muka dia punya eerie kalah hulk hogan.sarip dol pun tabik sama tahap samseng dia.penah tak time muka dia serius punya macho tuh korang keluarkan senyuman menawan colgate tuh?
'haipp sape berani!'
haha..cubalah. smile is contagious. insyaallah,korang senyum kat dia,dia boleh balas dengan senyum kambeng lagi kot [sbb ter'accident' smile].kiranya,kalau orang kat sebelah kita masam,muka kita refleksi kemasaman dia jugak.so,bila nampak ade muka kawan korang yg senget,itu signal mudah untuk korang cepat2 tarik balik senyum sampai tinge.ngeeeeeee...>_<



fakta menarik tentang SENYUM yang buat makin tersenyum ^_^ :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan stimulate hormon.

2.
Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.[kan da cakap smile is contagious..]

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita
hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.[
less frowning please..]

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
[comfy-comfy heyy]

5 Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa.[sebab tu mereka berwajah mulus suci bersih tanpa stress..oh jeles-jeles..]

6. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari
Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik.
[stress yg tak baik kita tayah kawan dia]

7. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.[tak nak heart attack jom senyum]

8. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.[lepas nih kene senyum baca buku pharmaco]

9. Ada juga yang percaya ketawa boleh
membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.[haha font terlebih besar bcoz ohh i loikee this!!]

10. senyum itu satu
sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau memulakan perkenalan [break the ice with smile]

11. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".



macam dah 'extraordinary 'panjang post kali nih.salu tulis pendek2 je sbb sndri pun mls nak mmbaca kalau panjang2.tak kesahla ada yg baca ke tak yang pastinya the next generation [ anak cucu cicit] blog hopping boleh senyum sebab dia tawu moyang dia suruh senyum..* ngehh

*doctor cakap LAUGH IS THE BEST MEDICINE.
bagus.tayah hapal nama-nama drugs yg bejela-jela dlm pharmacology tuh lagi.bagus.


Serupa awan


 

Siri I

Duka selubungi awan,

Duka itu awan bendung,

Lalu bila mana tidak tertanggung,

Awan runtuhkan hujan,

Meratapi seluruh alam,

Temani dia,awan.

Awan teduhkan sang suria,

Ah,pedih,

Awan bidadari sang purnama,

Sepi membaluti malam,

Ada siang ada jua awan,

Ada malam ada jua awan.

Purnama : Kenapa engkau sepi?

Awan: Aku jaga,aku tidur namun aku tak punya bahagia

Purnama: Engkau ada menemani aku

Awan: Ya aku ada namun aku tak kelihatan.


 

Siri II

Suria : Engkau jua temaniku.

Awan: Lalu aku teduhimu dan peluk kesedihan aku. Manusia tak suka kesedihan aku

Butanya awan,

Sedang hujan yang melimpahi bumi itu,

Kandung 1001 cerita.


 

'Bersyukurlah~'

p/s : awan itu aku manusia

Saturday, January 16, 2010

case

A 25-year-old woman presents to the emergency department (ED) with a 2-day history of dull left lower quadrant (LLQ) pain and a diffuse pinkish rash. One week ago, she was diagnosed with streptococcal pharyngitis at an urgent care center for students and was discharged with a prescription for amoxicillin. Three days later, she developed the pinkish rash; the rash was diagnosed by a dermatologist to be an allergic reaction to the amoxicillin. The dermatologist prescribed prednisone and discontinued the amoxicillin. The patient subsequently developed nausea, vomiting, fever, and the aforementioned LLQ pain. She denies experiencing any vaginal bleeding or discharge, dysuria, increased urinary urgency or frequency, melena, or hematochezia. She reports feeling weak and dizzy. Other than her visit to the student urgent health care center, she has no past medical history, is not taking any medications, and does not have any allergies. She does occasionally drink alcohol, but she denies smoking tobacco or using illicit drugs. She also denies using tampons. eh2 die nie deny lak..jom team house g check ruma patient nih~


On physical examination, she is noted to be alert and have a normal mental status, but is otherwise pale and ill-appearing. Her blood pressure is 65/35 mm Hg, with a regular heart rate ranging between 110-120 bpm. Her respirations are measured at 20 breaths/min, her oral temperature is 103.46°F (39.70°C), and her oxygen saturation is 93% while breathing room air. The integument examination reveals a diffuse, erythematous, blanching rash; however, the integument is otherwise warm and dry to the touch. The oropharynx is clear, with no exudates or erythema. Diffuse mild crackles are noted in the patient's lungs. She has normal heart sounds, with a regular rhythm and a slightly increased capillary refill. Her abdomen is soft and minimally tender to deep palpation in the LLQ. No abdominal masses or hepatosplenomegaly are appreciated. The pelvic examination reveals no external vaginal or cervical lesions, cervical motion tenderness, or adnexal masses or tenderness. No foreign bodies are visualized.

The laboratory examination, including a complete blood cell (CBC) count and comprehensive metabolic panel, is essentially unremarkable, except for a white blood cell (WBC) count of 31.6 × 103/µL (31.6 × 109/L), band neutrophils of 13% (0.13) and a creatinine of 2.4 mg/dL (212.16 µmol/L). Her arterial blood gas analysis is remarkable for a partial pressure of carbon dioxide (pCO2) of 27 mm Hg (3.59 kPa), a partial pressure of oxygen (pO2) of 56 mm Hg (7.45 kPa), a bicarbonate of 19 mEq/L (19 mmol/L), and a base deficit of 4.4 mmol/L (normal range, 0-2 mmol/L). The urinalysis, cervical Gram stain, and potassium hydroxide (KOH) wet preparation are all normal. A chest radiograph is taken that shows changes consistent with early adult respiratory distress syndrome (ARDS; see Figure 1).

Upon returning from the radiology department, she is noted to again become hypotensive, tachycardic, and tachypneic, as well as remaining febrile despite the administration of acetaminophen. An elective rapid-sequence intubation is performed for the pending respiratory failure. She is diagnosed with septic shock (etiology unknown) and treated empirically with clindamycin, vancomycin, and meropenem. Blood, urine, and respiratory cultures are obtained, and antistreptolysin O (ASO) and toxic shock syndrome toxin–1 (TSST-1) antibody titers are ordered. A lumbar puncture is deferred, and the patient is admitted to the medical intensive care unit (ICU).

p/s : korg bace lah dulu pas2 br check diagnosis korg tuh betol or tak.try2 best tau~


The most likely diagnosis is toxic shock syndrome.

Cause : Enterotoxin from staph aureus or strep pyogenes
Characters : asscociated with wound contaminated by s-aureus,due to contaminated dressing or improper use of synthetic tampon,toxin enter circulation and acts as super antigen
Clinical pictures: fever,headache,vomit,diarrhea,hypotension and shock





Fortunate is he...^_^



Faithful star

Once I looked up to the sky
in the night and I saw
bright star sparkling there
in the darkness of the night
and I said who are you?
what are you doing over there
tell me please,
tell me who put you over there
she looked down at me
with a smile on her face
like a rose in the shadow of the bush
little one don't you know?
why it is that I am standing over here?
it is Allah who made me
and made you and the earth
then I said pretty one
tell me please tell me how
how to be just like you
very pure, very high, very nice
once again pretty face shined again
little one listen well
little one take good care
fear Allah every where
worship him night and day
stand still and don't despair
for Allah is always there
then I said pretty face
pray for me to Allah
I thank you pretty face
I love you for your care


" It is He who set the stars for you, so that you may guide your course with their help through the darkness of the land and the sea" ( al- an'am:97 )








dearie ammurah's members,
recently, everyone are having their 'piece of cake'
although ur faces are shining through days, but hearts are itching through pains.haha.ayat....xpela, bkn selalu pun kan? apapun cheer up guys, i.Allah stp kesusahan itu ada jalan keluarnya.Allah dah janjikan?
"maka sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan.sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan"
Siap 2 kali tu Allah ulang.terbaek!! Yang penting kita gali-gilap-selami hikmah disebalik segalanya~
Saje menceloteh sementara tunggu cik video ni diupload, heh, lambat!

oho...saje2 buat lupa sbnrnya, BittaufiQ wannajah utk exam!


Friday, January 15, 2010

Sesuatu

Salam
Tiba-tiba saya rasa hari ini macam ada sesuatu
Saya pun tak pasti apa ya
Bolehkah kalian teka?
Sesuatu tu saya tak mengerti juga apa
So, kalian agak2 dapat detect tak?

Klunya, sesuatu ni adalah sesuatu yang agak besar
Hurm, tak tak. Amat besar jugalah
Bila sesuatu ni direveal
Saya macam rasa jumpa turning point
Yang boleh turn hidup saya seratus lapan puluh satu darjah
Kalian rasa?

(saya tahu post ini macam blur. Saya macam nak agak lah, kalian tahu ke sesuatu saya ini? Jomlah kita sama2 stimulate otak bekerja sikit di hari minggu)


Tuesday, January 12, 2010

kosa kata

okeylah..memang sangat lama tak update.sibok2 atau pura2 sibok. siboklah.minggu ni sibok je bende2 dlm rumah nak rosak. dari heater air,paip air,even lampu pon nk jugak rosak.nih kalo masuk pertandingan hulk ke ape confirm dah boleh sapu bersih oleh ahli2 rumah nie. gergasi ke ape budak2 nie? rasenya baba aka tuan punya rumah pun dah tensi kot ngn 'nur' sekalian..haha..boleh gak baba tensi dan melarikan diri teros xterjumpa oleh anak2 gergasinya nih.

agaknya lah kan tahap baba tensi tuh mungkin dah setaraf macam gambar kat atas. ye lah,dua hari kami mencari baba.hampa belaka.nak2 pulak internet pun takde kan.ha amik.tuh namanya nak suruh belajar.dush sekali bagi.owh sangatlah berharap baba lekas membaiki heater air.tak sanggup rasanya muka sesorg bgn pagi berkerut2 nk guna air yang sejuk ala2 nk macam ais tuh. main aci2 sentuh air plak.nama pun sejuk. nak pulak kalo dah malam tu,dh bila agak2 lampu mmg buat ala2 style disco,sume pun ssh hati. bila lah lampu nk elok? asalnya kalo lampu x elok tu,mulalah ada aktiviti len yg berpaedah nk dibuat. perot pun macam biasa...bunyi2 ala2 macam nak siren ambulans ke ape.kuat semacam.ha masuk dapor.ape lagi.goreng kepok ke..xpun kalo rajin sket mcm smlm grib bit dan kawan2 yg len bersimpuh bt cik mek molek.wah2,buat kueh ala2 house pun ada.dah mcam2 rupa dah.mata tgk house,tgn uli2 kueh..sape boleh bt? cpt ckp..

p/s: grib bit grib bit,yusof baba dan papaverine adalah kosa kata baru.sila alert~

Tuesday, January 5, 2010

Kembali pada Fitrah

Cuba kalian halakan pandangan ke luar. Ke luar,maksudnya, ke sekeliling ke? Ya, ke luar,kearah alam yang kita diami. Kalian nampak apa? Kalau saya, saya nampak awan dahulu pada mulanya, kerana saya suka lihat awan yang menaungi kita, dengan putih kapasnya, dan langit yang biru. Tenang, sangat tenang. Juga saya nampak kedai-kedai, pokok-pokok yang tak berapa nak hijau,sebab debu di sini kalian sendiri faham-fahamlah, kadang-kadang pagi-pagi saya tertukar, ia adalah kabus atau jerebu ya?

Oh, indah rupanya alam yang saya duduk ni. Sepatutnya, saya juga kena tahu nikmat udara, sebab tanpa oksigen sebagai salah satu partikel udara tu, mesti saya, kalian dan semua hidupan tak boleh hidup, sebab ia adalah elemen penting. Tapi udara tak dapat dilihat, ia hanya boleh dirasa. Manusia kalau tak ada makanan boleh hidup selama beberapa hari, tak ada air boleh tahan selama tiga hari, tapi cuba bayang tak dapat oksigen selama seminit? Tercungap-cungap macam ikan emas dalam balang yang airnya dah kering! Kalau kita belajar pun, otak manusia kalau tak dapat cukup oksigen akan mati dalam masa tujuh minit! Walau ajaibnya, jantung kita masih boleh berdegup bila berada di luar badan.

Selepas itu, kalian juga mesti terfikir. Kenapa saya tulis macam budak-budak baru belajar buat karangan bahasa melayu darjah tiga sahaja? Macam, maksud penulisan tak sampai je? Apa motif post saya sebenarnya kali ini? Kalian tahulah bahawa saya memang pencinta alam, itu memang sudah kalian mengerti, lama… Tak, saya bukan nak fokuskan itu. Cuba kalian alih mata kalian ke satu sudut. Ya, di situ. Bukan-bukan! Bukan pada abang jual buku dekat maktabah depan kuliah kita tu! Sudut itu… Eh, bukan kat kedai makan tu. Sana sikit. Sana. Haa, betul. Kalian nampak apa saya nampak kan? Bagus, sekarang retina kita fokus pada benda yang sama.

Saya nampak, ada perempuan sedang pangku anak dia. Biasalah, kalian pun dah lama tengok. Makcik depan kuliah asnan tu. Kalau perasan, dari tahun lepas lagi dia ada kat situ, tempat sama, waktu sama, orangnya pun sama,jumlahnya juga sama, bertiga. Makcik itu ada anak kembar, daripada anak dia bayi, sampai sekarang dah boleh jalan pun anak dia,dia masih setia duduk di situ. Saya terfikir juga, dia tiada suami ke? Tak malu ke,tak boring ke dia? Tapi setakat tanya dalam hati je la, bukannya nak pergi cakap, sebab saya rasa sama ada makcik tu yang pakai bahasa ammi yang accentnya high, atau saya yang pakai bahasa low grade, nanti endingnya akan bawa kepada tidak faham juga. Oh ~

Sekarang mari kita berjalan selusur tepi hospital universiti itu. Ramai kan orang sakit? Mata lebam. Muka merah, skin rash kot. Kaki bengkak, swollen sebab edema rasanya. Muka kerut-kerut, painful condition, kesiannya. Belum lagi tengok yang budak-budak kecil yang lama sangat tunggu, tapi tak tahulah saya dia dah dapat rawatan ke belum. Saya rasa otak kita interpret perkataan sama, KASIHAN! Ya, memang pun, kadang-kadang memang kita rasa macam betul ke dia ni susah? Tapi kebanyakan rasa kita tu lebih kepada kita kasihan, kita simpati dengan nasib dia,kan? Betul tak?

Sebenarnya, dalam konteks kita pula, aplikasinya, alam ni banyak ajar kita. Kalau tengok tepi, nampak orang yang lagi kurang dari kita. Apa kita kena buat? Bersyukur! Kita tengok bawah, nampak tanah, yang tempat kita pijak tu, sebenarnya asal kita, nantipun kita kembali enam kaki bawah tanah kelak, kat situlah. Sekarang, kita masih ada masa lagi nak beramal. Apa kita kena buat? Bersyukur! Tengok atas, kita nampak satu pandangan yang boleh bagi kelapangan, sama ada langit bersih siangnya, atau bintang bercahaya malamnya, dua-dua memang kita nampak dengan mata kita ni. Apa kita kena buat? Bersyukur! Ya, itu sebenarnya, kita kena bersyukur! Bersyukur bukan hanya pada lafaz, tapi hati kita, niat kita, perbuatan kita, semuanya kena seiring dengan rasa syukur dan terima kasih kita pada Allah. Kalau perlu, menangislah kerana kita bersyukur, berterima kasih, bukan hanya pada perkara yang menggembirakan, tapi juga berterima kasih pada perkara yang mendukacitakan. Eh, semua yang tadi dah betul, kenapa pulak nak bersyukur atas perkara yang mendukakan? Kenapa ya?

Macam ni. Cuba bagitahu, ada tak dalam sehari kita tak rasa sedih, atau gelisah, atau marah, atau sakit hati, atau geram, atau apa-apalah perasaan negatif yang ada kat hati ni! Rasa macam ada tak kena, tak banyak pun mesti ada dalam sehari kan? Iyalah, kerana seekor tikus pun boleh rosakkan mood kita sehari,betul tak? Konsepnya, memang sengaja sebenarnya, memang dah plan semua yang kita dapat tiap-tiap hari tu. Siapa mastermindnya, tentulah Yang Maha Hebat, Yang Maha Tahu, yang tak ada kurang dan mustahil langsung pada Dia, yang sifat sempurnaNya seratus kurang satu sahaja, sebab Dia suka ganjil. Semua boleh, Dia kata jadi, maka jadilah benda tu.

Dia Tuhan kita, Yang cipta saya dan kalian dari setitis mani yang jijik, keluar dari lubang kencing yang hina, menjadi kita seperti sekarang. Dia bagi kita rasa semua tu, maknanya, Dia mesti ingat kita, betul tak? Besarnya darjat kita, untuk Dia Yang Maha Agung tu ambil kira kita yang kerdil ni. Kita yang tah hape-hape ni Dia ingat? Allah…. Ingat tak? Kita sempat janji pun, kita kata solat kita, ibadat kita, hidup kita, mati kita semuanya untuk Dia. Janji ni kita buat dari dulu sampai sekarang, setiap kali kita hadap dan jumpa dia tiap-tiap hari kita ulang janji kita,benda sama. Tapi, kenapa kita masih menjadi penentang yang nyata? Kenapa ya? Saya ada jawapannya, kalian juga mungkin ada, saya tak pasti. Juga saya tak tahu sama ada jawapan kita sama atau tidak. Tapi saya sangat berharap, supaya saya tak menjadi penentang yang nyata itu, tapi kadang-kadang saya terbabas jugak! Kalau saya tak sempat tunaikan janji sama tu sebelum sampai satu tarikh yang Allah dah janjikan untuk saya, macam mana? Allah, saya takut……………….!