Thursday, June 25, 2009

.: Ya Ibnati :.


DIAMONDS & PEARLS

The following incident took place when Muhammed Ali’s daughters arrived at his home wearing clothes that are not modest. Here is the story as told in detail by one of his daughters:

When we finally arrived, the chauffer escorted my youngest sister, Laila, and me to my father’s suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged hugs and kisses as we could possibly give in one day.

My father took a good look at us. Then he sent me down in his lap and said something I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, “Hana, everything that God made valuable in the world covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down and in the mine, covered over with layers and layers of rock. You’ve got to work hard to get them.”

He looked at me with serious eyes. “Your body is sacred. You’re far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too.”


A tribute by Syaikh Ali Thanthawi for women all over the world...

يا ابنتي

WAHAI PUTERIKU

Dengarlah ucapan dan kata-kataku,

Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan
membanteras keruntuhan moral.


Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di
hadapanmu. Kunci pintu itu
ada di tanganmu. Jika engkau yakin
padanya dan engkau berusaha untuk
memasuki pintu itu, maka keadaan akan
berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada
pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata- kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-
maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!

Wahai Puteriku,
Itulah nasihatku yang hak dan benar,
Mudah-mudahan engkau mahu mendengar.
Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
Yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku,
Bukan di tangan kami kaum lelaki.
Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan.
Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu,
Maka pasti seluruh umat akan menjadi baik.

Tuesday, June 23, 2009

memori exam : roger je la GENG~

Belog ini telah merengek2 minta diisi post seperti anak paus mintak susu.

Cam bese...alasan student2 macho~

’examla..kene focus usha buku ’..ahakss..

neh da abes exam.minumlah mung paus sepuasnye…

……………………………………………………………………………………………


menyelak kembali memori2 di cerebrum minda sepanjang musim-musim exam..
‘buffering’ agak berjalan laju memandangkan otak aktif digunakan sepanjang exam.maka rasanya baik dicoretkan dengan pantas di sini sebelum ia mula lembab lemau seperti kelajuan internet rumah yg seperti siput tersedak.


MIDTERM EXAM

Status:MCQ dan SHORT ESSAY
Musim:Musim sejuk @ winter @ barid giddan-giddan(sejuk gegel)


Saratoga da siap diulit2 meniru aksi beruang kutub berhibernasi..sakhonah da hadap depan muka cam cite omputih jingle-jingle bell..baju 4 helai da sarung iras2 manjalara..owh mantap2.Roger study la geng.


Mate da weng2 dok ngadap soklan a,b,c…a,b,c…terasa seperti kembali ke zaman tadika semula..mengulang dgn kawan-kawan menyanyikan a,b,c,doremifaso…~~

Ngarut2!!tatap buku balik..

1 page setel,msuk 2nd page..next..uhh,mata layu !org kate tak baik membaca time ngantuk,xpaham pon..pastuh kalo baca then tidur bleh meningkatkn ingat.betul..dlm physiology ada ckp.hoho..membuat keputusan terbaik utk tido sebentar 2 minit..sempat mimpi berada di msia bersukaria.Bgn balik da 2 jam..Sgt comel.Bace 2 helai tido 2 jam.Hebat!sgt adil.haha.

Malam sikit,ulat cacing dlm perut makin berokestra..gastric hormone nih xbuat keje ke ni..Sume mula keluar sarang dgn muke sememeh memasing.[kantoi la tido dgn cik Saratoga tuh]..igt nak wat air panas je sbg motivasi diri..at last~~cekodok adabi cepat dan sedap plus keropok ikan ganu kito mari~~[awal2 byk la stok mknn msia lagi..]

Mase nih la kua sume karutan dan tawa-tawa terlepas supan.Teringat satu dialog ni..

’seb bek la kita tak ditakdirkan belaja kat UK ke..Russia ke..nih baru bape degree pon da demam2 seram sejuk da neh’.

Haha…itulah namenye dugaan..sejuk ketar2 parkinson,lapar makan 8 kali pon tak lut hingga obese..itulah thrill study musim winter namenye..nak lulus dgn jayanya..roger je la kita GENG~~


FINAL [emak segala emak punya exam]

Status:menulis jawapan dan karutan sepanjang red carpet Grammy Award
Musim:musim panas@summer@ har giddan2 [panas tak hengat]

Ketensenan pada tahap ini adalah palig tak terkawal dan membimbangkan.segala molekul2 kesilapan kecil bisa bergabung menghasilkan kuasa amarah yg kuat.

Itu org kata..kami tak kata..uhhuu..

Masih cuba mengekalkan nilai2 murni dan etika2 berkeluarga..ceewah..oklah tu,tade sampai baling-baling pinggan dapur.kecuali pinggan itu ia ‘terpecah’ atau ‘terjatuh’ sndri..haha.[orang2 berkenaan sila terasa]

Suhu kala ini adalah 40 celcius..perkataan ‘hawt-hawt’ sudah jadi pekataan feveret rasmi.kipas bumbung bukak,kipas pusing2 pasang,tingkap luas dibuka dan ditutup laju2 sekiranya nmpak pak arab keluar.

Makan da makin kurang,musim sejuk 5 pot tak cukup-cukup,musim panas 2 pot sampai boleh basi.Hoyeh tak perlu diet..banyak sgt nak kene bace ye sampai tak hengat makan..tapi masih gayat sekiranya terjumpa ikan bilis ataupun mangga atau makanan2 yg berunsur msia..hehe..

Study makin ligat dilakukan.Cuakness tak ble nak cakap da.bukak pintu memasing,mulut duk terkumat kamit,babbling spt bayi,reciting , imagine..sumela..owh lagi hebat bahana final!takpe..teruskan meroger GENG!
……………………………………………………………………………………….

Apepun,di mana pun kita belajar..luar atau dalam..kondisinya pasti same..kejap2 ngntuk,kejap malas,sambung lagi emo..

But still , a student is always a student.
Keep on motivated
Senyum selalu dan rajin2 la membaca buku~~[haha..nerd nye.]



Vocabulary arab
Saratoga : selimut tebal
Sakhonah : heater

Monday, June 22, 2009

..:ketika DETIK itu berlalu:...

~sabar menanti saat itu~

~wah..tekunnyer mereka itu~

ckit lg.. cayyok2!

~tensen tahap ghaban tu..berkerut2 dah~

~at last..we're free for a while..bersama2 cik kia~

jom mkn!


well..
we have just finished our big examination today..yeay!
but then,we still have one paper to go..
it's psycology paper..

and now,
everyone is in the 'psyco' mood..
not so sure about that..
may be,thinking about the last xem,
make us being so tachycardia rite now..
(tringt lah plak jawapn2 merapu)hek3..
it's so funny..
starting from da practical,written and oral..
there's lots of stories happened
(suka,duka,kechiwa..)

anyway
there's no much time to be sad..
that's the fact that we should know..
no such things can be done easily..
everythings need more effort,'doa' n 'tawakkal'..
especially when you're in the medical field..
Allah always be with us,remember that!


teruskan berjuang!
have a nice vacation
for those who gonna be fly soon..

bye2..rajin2kn dri anda mnge'post' ye..:



Saturday, June 13, 2009

si dia yang memegang kerongkongmu

kiamat sudah mendekat.lapisan-lapisan ozon makin menipis
(memetik kata-kata fandy drpd filem 'kiamat sudah dekat')

skin epithelium makin terbara-bara dengan barah musim panas Mesir.
bilik yg dahulu bertitle 'bilik madam' atau bilik honeymoon sudah jatuh rangking terbawah.
lagak sudah kayak ayam golek yang berkuak lentang dalam oven sedang digrill.
bagus.memang menarik.masih tiada lagi cawangan kenny rogers dibuka di kawasan kediaman ini


adakah itu tanda?



masa-masa terdekat ini berbagai-bagai cerita telah mengundang tachycardia.

lebih awal
isu swine flu yang semakin merebak.fatal makin meningkat.pandemik yang meresahkan.lebih resah si anak rantau.adakah bakal dikenakan restriction?eh mesir juga sudah ada kes?

lagi berita
Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia kerana barah pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras.
Artis juga manusia...

kencang
pembunuhan sekurang-kurangnya 10 orang jemaah ketika sedang menunaikan solat di daerah Cho-Airong, Narathiwat, selatan Thailand.Masjid sebagai tempat mulia rumah Allah itu jadi saksi kekejaman musuh Islam.

bagai tersiat
Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kaherah, Mesir, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya kelmarin.

kata orang tak kenal maka tak cinta.namun tak tahu kenapa,pertama kali melihat foto arwahyarham saja hati mula berkalang sendu.sayu,pilu,sedih semua rojak seribu .padahal pertemuan tak pernah berlaku.

'sekarang ini betul2 mode sayu lagi berhati lembut'.kata seseorang.

Ammar Zulkifli,seorang yang diakui insan terpuji sirah hidupnya melalui coretan sahabatnya,moga mulia darjatnya di-sisiNya di sana bersama para bidadari syurga.

Dua lagi sedang dalam rawatan di hospital.Berdoa moga mereka selamat.


......................................................................................................

Pelbagai kisah namun semuanya adalah sama.Musibah yang dilihat adalah satu hikmah yang sangat dekat dan pantas sekali untuk kita iaitu kematian. Benar… kematian. Bukankah musibah-musibah itu telah menyebabkan kematian ratusan ribu jiwa?

Setiap yang hidup pasti merasa mati.
Tak kira bagaiman keadaan dan cara.Umur tua atau muda.Semuanya menerpa sekelip mata.

Kun fayakun,maka jadilah.

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(QS. Al-Jumu’ah [62]:8)


kiamat makin mendekat..al-fatihah untuk semua muslimin.


tak percaya atau masih tak mengerti?

Monday, June 8, 2009

A doc to be... what WE should know???

salam...
sempena imtihan, blog ini sedang berpuasa dari sebarang entry baru nampaknye...
dalam duk membelek-belek emel di dalam inbox,dptla 1 emel ni
yahoogroups perubatan cairo (tulaa...sape suh korang xdaftar??? =p )
from a bro of cairo u, name faizalazmi(maaf xknl),
but credit to him for writing this!
n i think that it is a good 1 to be read n shared
though doesn't really like to "kopi n pasta" actually
once a while, silala dibenarkan yer?

baca dengan hati dan perasaan
since others outside always judge that we...
product produced made in egypt always lack of practical
fakta atau auta? sama2 kita renungkan...
but i guess after reading this
adala orang tu nak join i pegi tempah tiket lepas result nanti
(u know u who u r ~those that shouldn't b named)
hakhakhak! enjoy thinking girls!!!

assalamualaikum w.b.t

apa khabar sume? dah lama x tulis kat sini, cuma nak ingatkan beberapa perkara

Sejak akhir tahun lepas dan awal tahun ni, setelah dinilai beberapa universiti berdasarkan merit Housemanship di Malaysia, MMC telah menghantar beberapa pekeliling ke beberapa university yang calon-calonnya gagal melepasi tahap minimum pencapaian. Pendek kata fail housemanship. Atas dasar ini, MMC telah, sedang, dan akan menilai balik system recognization medical schools around the world, even the JPA has recognized them before. Sebab-sebabnya tak boleh dinyatakan di sini sebab sumber bertulis tak ada, hanya hasil perbincangan mesyuarat antara pakar-pakar perubatan di Malaysia tentang reputasi segelintir calon housemanship yang gagal dan hasil perbincangan ni bocor ke pengetahuan saya dalam beberapa bulan ini.

Alhamdulillah SETAKAT ini nama university-universi ty di Mesir(candidates cairo , azhar, alex dan ain shams university system pembelajaran arab) semua berjaya melepasi requirement tersebut. Masa depan tak tahu lagi.

Saya nk mencadangkan di sini semua pelajar perubatan dari tahun satu sampai tahun enam yang berkelapangan cuti summer ini, sila isi jadual cuti anda dengan membuat attachment di Malaysia dan di Mesir.

prosedur:

1.sila buat syahadah dalam bahasa inggeris di university masing-masing yang menunjukkan kita pelajar perubatan di syuun tulab u masing-masing( syuun tulab ada syahadah bahasa inggeris, cuma perlu minta).

2.sila buka website hospital-hospital yang berminat untuk apply attachment atau elective, dan apply online , sertakan syahadah tadi yang telah discan, atau apply directly di bahagian pengurusan hospital berkenaan, ada hospital free ada hospital kenakan bayaran, tapi perlu apply cepat-cepat sebab kalau HUKL tu, berebut tempat ngan budak rusia, uk, bla bla bla untuk buat attachment, kalau ramai sangat dia tak terima.

pastikan tahu nak buat attachment di department mana, dan berapa lama, rujuk bahagian pengurusan hospital berkenaan

pelajar perubatan di malaysia memang telah dibiasakan buat kerja-kerja practikal , dan hospital di malaysia memang dah anggap kalau dah H.O tu maknanya dah tahu buat kerja, tetapi pelajar perubatan luar negara hampir kesemuanya practikal insufficiency , sebab tu sakit sikit waktu masuk H.O nanti,
kalau tanya abg2 yang dah masuk H.0 sume kata relax je, kalau akak2 lak sume suruh belajar betul2 jangan insufficient macam diorang, hakikatnya akak2 dari mesir la yg paling famous kat hospital masing-masing, humble dan zuhud katakan , bagus tul

antara kes-kes yang menimbulkan kontroversi tentang system pendidikan di luar negara:
1. h..0 ambil darah pun tak reti, pasang canula pun x tau,kerja2 basic ni la
2. present history kat M.O pun tak tahu(memang ada negara yang history pun tak belajar cara nk present)
3.basic surgery skill tak ada e.g. suture
dan macam-macam lagi, ramai yang digagalkan h.O tahun nih dan terpaksa menambah tahun sebagai h.o

kita di mesir benda2 asas H.O ni belajar waktu clinical dan H.O di sini, tetapi sume pelajar medic balik malaysia lepas tahun 6(kecuali kak battah) maka kesemua skill H.O tu memang tak cukup. Maka atas daya usaha sendirilah untuk memenuhi knowledge and skill gap masing-masing. orang lain tak dapat nak tolong.

antara sillibus yang disarankan oleh MMC(sila salin)(sama jer ngan sillibus cairo U ngan ain syams, u lain tak tahu, sila rujuk)

1. Infection control

* a.blood borne pathogen and standar precaution
* b.hygenic hand washing
* c.surgical hand washing

2.basic practical skill

* IV injection and venous blood sampling
* IM and SC injection
* IV cannula
* Arterial Blood sampling
* Urinary catheterization
* Nasogastric tube
* Sangestaken- Blakemore tube
* Oropharyngeal tube
* Endotracheal tube

3.Basic Life support

* CPR(sequences, drugs, technique, equipments)

4.Fluid therapy and blood transfusion
5. Basic surgical technique

* instrument
* Local anasthesia L.A
* suture materials
* needles
* knot-tying principles
* skin edge eversion
* simple interrupted suture
* vertical mattress suture
* horizontal mattress suture
* halving technique
* running cutaneous suture
* runing subcutaneous suture
* running intradermal suture
* buried subcutaneous suture
* wound dresssing
* suture removal

6.basic and emergency obstetric

* history,gynecologic al and obstetric exam
* antenatal care
* drugs to be aboided in pregnancy and lactation
* emergency reception room
* diagnosis in obstetric
* cases of emergency room
* labour room
* management of labour(sume stages)
* episiotomy
* shoulder dystocia
* post partum hemorrhage
* cesarian section
* contraception
* infertility

7.neonatal resuscitation and examination
8.surgical emergency

* post concussion
* polytrauma
* acute abdomen

9.preoperative care

hampir kesemuanya dah belajar waktu clinical cuma sillibus2 yg kurang penting ajer yg x diajar, suruh belajar sendiri, tapi kebanyakan h.0 yg sillibus kurang penting tu la yg tak tau, mana nurse tak bengis kat hospital, sume nk suruh dia ajarkan

kalau kat mesir ni cara sunat(circumcicion) diajar convensional method, kalau kat malaysia guna smart clamp tuh, banyak lagi la clamp dia, sangat mudah, suma bila complicated baru guna cara convensional balik, so update ur skill, sunathon tu p buat ramai-ramai, ramai pelajar medic cairo university dan alex yang tahu sunat orang tahun lepas, so belajar ngan diorang,

tolong start elective ni sejak tahun SATU, jangan balik bercuti kat malaysia makan tidur ajer, by the end of 6 years sume sillibus dah tahu buat, cuma tajamkan skill jer buat dengan cepat dan tepat sume prosedur-prosedur tuh

untuk sesiapa yg tak balik malaysia, contact senior yang x balik, menempel kat hospital dengan diorang, lain u lain prosedur, kalau lebih berani lagi, redah ajer hospital tuh, introduce diri,tanya boleh belajar apa2 tak di wad nih, tanya dr yang boleh bantu, jaga sopan sikit, jangan kerek waktu elective, doctor sume busy, kalau kerek alamatnya kena marah ajerla, kita nk belajar, apa yg dimarah tuh ingat, sabar nk jangan putus asa untuk cuba dengan lebih baik, pelajar perempuan cairo u tolong tanya akak-akak,saya bertugas kat labor room ngan internal medicine cuti nih, tapi dh ramai adik2 lelaki yg nak menempel, so yg akhawat sila menempel ngan akak2 pulak yer,

tip1. jangan berharap ada kawan nk buat sama baru nk buat attachment, kalau mcm tuh, dh hbs tahun 6 pun belum tentu buat lagi, x caya p tanya senior2, nak belajar, buat cara belajar, kalau xde kawan nk ikut, p blajar sesorang, niat ikhlas dan betul, insyaallah allah tolong, sy dulu main redah jer hospital kat mesir ni, lagi la bahasa arab, allah bantu, ramai jer doctor excited nak ajar,alhamdulillah
tip 2. senyum sentiasa, lebih2 lagi dalam O.T sebab operation ni sume org stress so kalau senyum at least hilang stress dr yg ajar tuh, dan dia pun lebih bermurah hati nk terang apa yg dia tgh buat waktu surgery tuh
tip 3. serius dengan ilmu, kalau dah tgk cases ata surgery tu, balik rumah trus buka buku kalau ada, atau buka internet baca skit2, baru ingat sampai akhir hayat
tip 4. jangan limitkan ilmu i.e jangan letak barrier dalam ilmu pengetahuan, pendek kata, jangan sesekali cakap, ni sillibus tahun 6, tunggu tahun 6 baru belajar, ni salah, the more u know, the wiser u'll be, learn anything u can, kalau x paham sekarang at least masa akan dtg u all akan paham sebab dah ada general idea, there is no limit to knowledge, org yg letak limit kat knowledge ni org "berotak sempit" -ramai lak tuh
tip 5. bawa gula-gula ke, belon ke, snack ke, kalau p wad paediatric, sangat memudahkan kerja

harap info ni dapat membantu,
faizal azmi
cairo university

yeah~ yeah~ i know it is a long 1 to be finished...
but for our own sake, make sure u read it from A toZ dehs!
p/s : (terutamanya kepada k.long terchenta yg sentiasa membuatkan emel d inbox menangis krn xdiendahkan =p )

Sunday, June 7, 2009

tipah TERTIPU..(T_T)

aikk???tinggal spek jer..tuannyer mane??
situasi I

'ish! xblh jadik neh,lpas suboh kompem kne hbskn lower limb'..
aduhai..lower limb2..can u just tell about yourself??xpyh lah ak nk kne bc..
~target u tidak mnidurkan dri...at last,ku tewas jua..
dgn gaya pnuh beriman nyer(bertelekong smayang)..
tahniah wahai PAK TAM
pada saat itu,berseronok lah wahai PAK SU2..(1-0)

situasi II

bergegas2 mnyiapkn dri..
menggeledah almariku yg cumil itu..
ku temui jua..berkata2 lah pmilik segala anggota
(aura hr nih,ijau..)
ku henyak2 bju itu dgn kpanasn yg melampau..(nk cpt kononyer)
~'haish..sungguh rakus tuanku ini..'
yar..hilang sudah lagak seorg gadis yg pnuh kesopanan dan kesantunan yg memikat ht..ahaks3

situasi III

ku gagahkan jua mtaku yg sparuh nk menyembah bku
dgn 'alat pembantu pendengarn' ku..
~love story by taylor swift~
hilang ngntop!
dr satu helaian ke satu helaian
iliofemoral lig.,pubofemoral lig..brape byk ligament nehh??adeh!
jua berjaya ku hbskn..
hilanglah prinsipku 'heroin menang last'..
timbollah,'spe suh bersenang-lenang,last minute br nk pecut'..
hambek ko!

situasi IV
~atoii...basuh pinggan plak..(btul ke dye nih)
~aik??bru bgun..dgn mke yg spruh seghabainyer..(stay up tue smlam..bguh2!)
'akak,pkol bape eh?~9 lbh...(ku jwb dgn pnuh tnda tye)
kemudian..
ku intai2,ku jenguk2..msh gelap upenyer bilik dpn itu..
~'mek oi!bgun..dah 9.30..'
terasa pelik..mka bertanya lah..

'xem kol bape?
~kol spuloh..
'knp sume org mcm xnk bersiap?
~eh!esok la..8hb..
'lah..yeke??patot la sume wat xtaw jer..hahahah..
gelak guling2 lah ak tyme tuh..
kuang..kuang..kuang...



moral of the story:-
~check jadual sblom g xem..jngn maen redah jer..

Tuesday, June 2, 2009

KENANGAN SEHARI BERSAMA CIP CIP

salam...

ada apa dengan tajuk di atas?
CIP CIP (baca : cheap cheap)
ya, orang2 terlibat dengan misi DIngorat si comel/kacak (baca: kerana ahli bait bergender xx, maka dia dipanggil si kacak~) ini arif benar dengan apa yang terjadi
kisah bermula sehari sebelum, dengan kegegeran miss n3 terhadap kehadiran si kacak di biliknya
(maka tajuk post menjadi kenangan sehari setengah buat miss n3)
puas ditepis godaan si kacak, namun kesucian minda miss n3 tidak mampu mengusir si kacak keluar dari biliknya
lantas si kacak dibenar bermalam di biliknya, di bawah almari tidak silap (euuww, nagwa! btw, dia masih menjaga batas dengan tidak membenar si kacak sekatil dengannya)

hari kemudian, yakni 1 jun 2009
tidur orang sebelah diganggu lagi
"akak! akak! tolongla kita~ dia taknak keluar tu"
maka dengan penuh yakin masuk ke biliknya, sambil menggonyoh-gonyoh mata
cuba mengejar si kacak yang sungguh ligat ke sana ke mari tanpa malu
sudahlah menceroboh bilik anak dara, main aci kejar pula dia, agak melampau!
berbekal sebatang penyapu, cuba mengusir si kacak keluar
sedaya upaya bersopan dengannya, yerla, tetamu datang membawa rahmat
namun dalam kes ini, pabila tetamu tidak mahu pulang2,berlegar2, gawat juga!
dikejar lagi, lari... dikejar, terbang... dikejar, melayang...
walau pintu dan tingkap terbuka luas, namun dek kerana matanya yang mungkin sudah gila bayang, maka tidak nampak lagi jalan pulang ke pangkal (istighfar...)
dan dia end up dengan menceroboh pula kamar miss ungu
(sungguh kasanova dia ini!)

dan di destinasi seterusnya itu, dia lepak pula di bawah almari
wahai~ bilala mahu keluar
sudahla di bawah itu sememang penuh dengan khazanah datuk moyang serta stok ubat
dan bilamana menghampiri 3.30 petang, masih dia di situ, lalu kembali ke bilik
dan seketika kemudian, dikejutkan lagi dengan jeritan.
"akak! tengokla dia ni... terlekat ke apa kat situ, takleh lari"
lalu memanjat meja yang menempatkan stove, memegangnya
dan nyata si kacak yang malang rupanya tergam dek minyak di saluran gas
Allah, nak melepaskan dia yang tersepit itu satu hal
dipatuk2nya jari yang berjasa ini
sabar sahaja, nasib pernah ada pengalaman dengan kelawar serta tikus jamban dulu

dan dia terluka, agak parah
dilap dengan tisu, disapu air, dibuang habuk yang terlekat, serta disapu anti inflammatory!
penuh kasih sayang membelainya (namun tiada unsur love at 1st sight dengannya,say no to couple! jatuh kasih serta kasihan, mungkin ya)
setelah beransur sedikit baik, berusaha membuat percubaan pulang,namun tidak berjaya
miss particular mencadang dibawa ke pakar veterinar (mak oi,idea bernas sunnguh!)
sebaliknya die menyusup di celah2 tempat terlindung, malu barangkali kerna bersifat tidak senonoh terhadap tuan rumah
end up, mengurungnya di dalam bulatan dawai, dan dicampak2 roti supaya dimakan
dan ditontoni miss n3,miss ungu,miss particular seperti berada di zoo, manakala miss honey's lebih selesa di bilik, bimbang terlepas geram terhadap si kacak nakal gamaknya~

usai solat asar, nampak dia semakin pulih, ceria melompat2
maka dengan andaian dia sudah boleh dibawa pulang, melepasnya di balkoni
dia terbang, namun kerana faktor angin yang agak kencang
ditambah usianya setahun jagung, maka landingnya yang cun di atas kereta bersampul di bawah membawa nasib malang
dia telah kembali ke pangkuan Maha Pencipta
ya, sedih, di sudut hati ini, namun mungkin itu yang terbaik untuknya
sekurang2, dia pulang dengan tenang dan aman, dan kami semua telah usaha sedaya melayannya selaku tetamu
moga ada sedikit ibrah dapat diambil

~bayangkan si kacak patient anda di masa hadapan, bagaimana ingin memberitahu keluarga si waris bahawa dia tak dapat diselamatkan
~belajar bahawa walau ada seminoriti jalan sekalipun untuk patient pulih,jangan mudah berputus asa merawatnya
~jangan sesekali meletak setmind terhadap peluang patient kita untuk sembuh, atau memandang rendah pada keupayaannya untuk melawan penyakit, kerana mungkin kita boleh belajar sesuatu dari situ ~we are never perfect but,we can learn from other perfectness~
~dan paling penting, sentiasa letak diri di tempat patient, maka anda akan jadi doktor terbaik! ~a good doc is a good observer, not a good diagnoser~

sekian, kisah klasik untuk masa depan
(mungkin foto2 kenangan bersama si kacak bakal diupload miss n3 di masa lapang)