Thursday, August 20, 2009

sampaikan Ramadhan kepada kami

Tengok-tengok tajuk juga sudah berbunyi teruja bukan? Belum tunggu lagi pengumuman untuk hari berpuasa. Kalau dulu-dulu masa di Malaysia terujanya bukan main tunggu depan tv samalah terujanya dengan menunggu hari raya. Nama pun budak kecik mestilah teruja nak beraya dengan baju raya. Dulu-dulu,abah kata kalau puasa penuh 30 hari maka 30 ringgit lah dapat buat duit poket. Banyak tuh.Jangan main-main. Kalau setengah hari puasa,maka kata abah 50 sen jadinya. Ha,dek kerana terujanya zaman kecik-kecik yakni masa darjah satu dulu maka bersungguh-sungguhlah memenuhkan puasa selama 30 hari. Lucu pula kalau teringatkan zaman budak hingusan dulu. Bukan hingusan yang itulah.Zaman kecik-kecik yang tahunya main saja.

Okey-okey itu alkisah zaman budak-budak. Semalam sempatlah pergi ke program sampaikan Ramadhan kepada kami. Bunyinya menarik bukan? Menarik lah. Dipendekkan cerita,Ramadhan kali ini,insyaallah kita semua akan memperbanyak ibadat-ibadat sunat kerana pahalanya digandakan sebanyak 70 kali. Penuhi Ramadhan kita kali ini dengan ketaqwaan,insyaallah dan mudah-mudahan puasa kita diterima Allah s.w.t. Jadi sekarang tinggal tunggu tengok anak bulan jer. Kalau anak bulan muncul,kita akan berpuasa esok hari.

p/s :Boleh jadi anak bulan takut nak keluar sebab H1N1.
antara amalan yang perlu dikurangkan =)