Friday, July 31, 2009

separuh nafas

Separuh nafas
Dalam ketidakpastian detikan masa
Ku lihat penghujung lorong berbalam
Sinar itu, bisakah datang
Atau kelam itu, bakalkah menjengah

Separuh nafas

Ribut di dada ini kian berkocak
Tunjang pohon ini akarnya merekah
Paksi bumi kian ligat berpusing
Tuhan, tegarkan aku dalam agung kuasaMu

Separuh nafas

Pawana, hembusi jauh kisah duka
Lara ini biar ada penawarnya
Pawaka, nyalai marak cerita suka
Luka ini agar ada sembuhnya

Separuh nafas

Saat esakan hiba parah nian
Tersentak, dari senandung irama pedih
Wahai diri
Engkau siapa mahu mempersoal kudratNya?
Engkau siapa mahu merintih takdirNya?
Engkau siapa mahu mengeluh ujianNya?
Engkau siapa mahu menjengah tabirNya?

Separuh nafas

Untaian syukur jangan pernah terhenti
Hijab hikmah bakal disingkapi
Nikmat Ilahi hujung jalannya pasti
Perit sabar buahnya manis terperi

Tuhan,

Lenakan aku dalam rahmatMu
Nyawakan aku dalam redhaMu
Agar separuh nafas berbaki ini
Helaannya berhembus sisa damai abadi


remang maghrib

teratak langit
310709, 2030

Thursday, July 30, 2009

X-Men versi egypt



Korang pernah tak tengok cerita X-Men. Ada punya ala-ala power yang super power tahap gila lah. Mutant dalam erti kata lain. Kalau dulu-dulu lah kita belajar,mutant tu tak punya tahap untuk survive yang tinggi. Tapi dalam cerita nih, boleh dikatakanlah mutant itu sangat mendominasi bumi.Wahaha.Bunyi sangat hebat bukan? Tunggu-tunggu,ini lagi hebat. Kalau korang sendirilah,pernah tak terfikir nak punya kuasa sehebat itu? Yalah,mana tahu kalau ada kuasa yang serupa Pyro kah. Boleh juga fire sana sini. Tak pun kuasa seperti Bobby yang boleh bekukan semua benda,Iceman. Seronok juga bukan? Lagi hebat kalau sehebat Wolverine itu yang boleh heal dalam sekejap masa saja dan punya kuku yang boleh mencakar orang. Seronok2. Lagi best jadi Juggernaut.Haha.Boleh punya momentum yang sangat kuat.




Cukup2 cerita pasal X-Men. Kenapalah agaknya nak bercerita pasal X-Men. Alkisahnya sebab gara-gara sudah bosan mahu bertekak dengan orang arab. Lalu kalau saja,ada kuasa seperti Pyro sudah lama di fire pak cik arab yang degil2 belaka. Mentang2lah tahu saja orang Malaysia nih sopan,lemah lembut. Lalu sesuka hati mahu pijak kepala kami ya? Tahap kesabaran orang itu pun ada hadnya. Tak selamanya orang itu lemah-lembut. Mungkin juga boleh bertukar menjadi Hulk. Ha,jangan terkejut lah.
ye,pilih saja mana satu kuasa yang nak.
yes,saya nak fire pak cik teksi yang ngada2 tadi tuh!

Thursday, July 23, 2009

Oh sunyi!

Oh sunyi! Haha.Kalau yang berdua konco itu nampak mesti dah gelak guling-guling. Wahaha. Sunyilah sbb x punya adik2 yang hendak dibuli. Bosan juga jadinya nanti. Selamat sampai ke Malaysia,budak berdua itu. Baru sekejap tadi hantar budak berdua yang comel itu pulang ke Malaysia. Adalah juga rasa kurang enak. Yalah,berwalang hati tak dapat pulang dek exam yang menimpa. Heh. Hampir2 nak bergenang air mata tapi kononnya kontrol ayu depan budak2 itu. Tambah2 ada Rangga. Haha.Jolokan nama buat budak yang rambutnya ada ala-ala Alley Cats. Tapi orangnya bukan sebarang Rangga, punya IQ sebijak Albert Einstein barangkali. Haha. Tahu apa kata saya pada ahli rumah yang lain,kalau saja saya punya gunting sudah lama rambutnya yang mengerbang itu saya kerjakan. Lalu mungkin rupanya akan bertambah kacak.Ades~ jahat betul mengutuk orang. Rambut orang apa sajalah yang saya boleh buat.

Saturday, July 18, 2009

aku hidup

kehidupan itu tetap kehidupan walau sejauh mana pun kita berlari
terkadang bila kita berlari,ada angin yang teman
tak kurang juga bila ada pohon untuk kita berteduh
kehidupan itu hanyalah atas nama kehidupan
kerana yang berbezanya kehidupan adalah corak dan warnanya
teduhlah wahai kehidupan
kerana adanya kehidupan itu
aku hidup...