Tuesday, November 24, 2009

banjir

Ketika pukul 12.00 tengah hari.

Pusing2 paip air,ces makin longgar. Takpe saya tidak mudah putus asa. Maka saya pun memulas paip air dengan penuh sopan dan santunnya. Oh,berpura-purakah saya? Mana lah ada sopan dan santunnya. Pusing cukup 3 kali emo sudah. Ketuk2 sikit paip air mana lah tau kan kot2 miracle terjadi. Ketuk punya ketuk. Splash! Tercabut paip tu dari kedudukan asal. Air tu tak pulak sikit punya laju. Takde stop2 dah. Penuh sinki air melimpah pulak ke dapur. Waaaaaaaa....banjir la dapur hari ini. Dahla baju semua basah separuh badan. Nak pulak paip utama pun tak tau kat mana,takkanlah nak biar air tu mengalir macam tu. Membazir.

Pergi la pulak turun bawah cari baba aka tuan punya rumah. Nasib baiklah baba dengan suka hatinya nak naik membaiki. Baba nih memang one of a kind la. Payah punya nak jumpa baba yang baik hati macam tu. Baba pusing paip tu sikit ganti dengan yang baru dan selesai.

Misi mengemop kemudiannya pun bermulalah. Jadi kesimpulannya,dari kerja memasak yang satu bertambah menjadi kerja yang banyak. Mengemop ruang tamu,bersihkan dapur yang dah banjir tu. Wah calon warga maid yang bagus ni..So kalau rasa2 kekurangan tenaga kerja tu bolehla ye menghubungi talian rumah ammurah nak amik pekerja asing hahaha..

Monday, November 23, 2009

-rumahKU,syurgaKU-

MERDEKA!..MERDEKA!..MERDEKA!..(mode abis xem)

buat tatapan penghuni teratak ammurah,'kegilaan' seantero malaya..
haha(yeke?)..mgkin..

paper terakhir kami..microbiology,alhamdulillah..
terasa lame diriku ini tdk meg'hupdate' bnda nih..

2minggu lps..terasa sekejap je ms berlalalu
(sekejap la sgt,ble hengat balik tyme dia melalak2 tuh..adoi..xsanggup!)

rumah ini d serikan lg dgn nyayian sumbang oleh penyayi yg mmg pasti akn kalah
kalo msk bertanding..haha..
kerana ketidak sanggupan lg ku mendengari suara itu..
dgn rs xsbr2 nye(sbb mmg dah xnk dgr dia nyayi.. nk wat cmne kan..)
mengadulah segala perihal yg terjdi d rumah kami..
dgn tahap kesabaran yg masih berbaki habok2 nih,
ku pasrah,ku redho..menantikn 'engineer' yg d katakn baba itu,xmuncul2 tiba..
knp engineer plak nih??
~ye lah..nk baiki sghonah la..kulit dak separuh kebal dah mndi air sejuk..
at last-tidak kedengaran lg suara sumbang itu..
kalo ade pun..sayup2 jer..
tu pun sbb terserempak ngn cik ti..haha

kemuadian...

keriangan pulang ke rumah,d sentap oleh kilauan 'air mata' air.
hahaha..banjir buat kali ke-2 di rumah kami..
bermula dr dapur sehingga ke ruang mkn a.k.a ruang cik ti menari2..
kali ini bkn hujan batu..
tapi,paip air yg usang dek d telan zaman itu,merembeskan neurotransmitter nyer,
sehingga meng'stimulate'ank baba u tukar yg bru.
kesian k.ngah,terpaksa berempas pulas seorg diri..
akhirnyer,tanda 'ROSAK' tu dah boleh buang..setel!

hmm..beralih pula pd citer kedua..
nk di belai,bkn jenis pembelai,
nk di bunuh,kejam lah pulak namenyer..
habis tuh!..
argghhh!!!!
cik ti dtg lg..

ke'tensenan'menguasai penghuni umah ini..
'dia' dah semakin berani..
siap buat aksi intai-megintai lg..
''jom kawan2 line clear!kte serang...!!!''
sehingga ternampak misai nyer yg xberapa nk smart tu..(warna putih)
(mgkin cik ti ni dah tua kot..hanya tunggu ms nk mati..alhamd..kejam btol ak nih)
so, mode of infection=accidental swallowing food contaminated by rat!
ape lg..
jom pakat2 praktik ilmu para-parasakura nih..
ops! clap...parasitology...:p
prevention is better than cure!

Sunday, November 22, 2009

hilang sudah ketemu

hari ini DIA telah sentuh hati saya.DIA yang sekian lama saya cari.saya telah jumpa semula RINDU saya.

betapa lama saya biarkan DIA ternanti.mmg mcm habis manis sepah dibuang.saya tinggal DIA jauh2..Kejamnya saya..tak ingatkah saya pada segala Kasih dan Sayangnya?Bukan sikit tapi banyak..DIA yang selalu menemani saya saat manusia itu ramai tapi spt 'invisible'.DIA yang sentiasa 'online' utk dengar cerita-cerita saya.DIA tak kesah kalau saya nangis dengan muka sememeh kerna itu DIA akan makin mendekat.DIA sentiasa ada.Selalu menunggu tapi saya yg pura-pura tak nampak....Masih butakah diri?

memang...memang manisnya CINTA..manisnya berduaan dgn DIA.biar tak ada yang yang meneman.lebih manis..aishh..rasa nak dating tiap masa~

tolong doakan saya tetap setia pada DIA.makin kuat.saya tak mahu pandang pada yang lain.biar hanya DIA.saya doakan kamu juga.
Tak!.saya takkan jealous.Saya gembira utk berkongsi kasih ini..Biar kita ramai-ramai kejar DIA. Don't worry..DIA itu Adil. DIA pasti sayang semua..


DIA itu ALLAH saya..ALLAH kamu juga~^_^



ps:esok exm last sblum cuti~
ps lagi:Cik Mondok anda bersedialah.mungkin esok riwayat terakhir..^_^

Saturday, November 7, 2009

episod kejutan kantoi

~Atas desakan bertubi2 dari orang ramai, maka diri ini tampil membuat kenyataan rasmi~

“Inflammation is response of the living tissue to injurious agent. The response consist of vascular ,lymphatic and local tissue changes. The aims are to….” Tett tett…. Tett tett… Mesej membunyi pula.

Sapelah plak insan bertuah menggoda waktu syaitan durjana sedang enak memonteng kerja melalaikan aku dari menstudykan diri ni? Alahai la~
‘**, teman ore g amik duit jap. Ore pun duk dale gamaah jgk ni’ – ***** aka miss honey’s-

Mesej replyku bertanyakan lokasi serta aktivitinya ketika itu tidak berjawab. Maka aku yang baik mengiakan diri untuk menemannya mengambik duit, memikirkan dia ingin ke HSBC berdekatan Misr Thoiron. Selepas Zohor, kami bakal bertemu mata, itu balasanku pada dia.

Maka selepas selesai kewajipan pada tengah hari nan panas itu, aku pun melangkah dengan macho ke bawah, selepas janji untuk bertemu di pintu Kuliah Tibb bertukar ke KFC. (apekah kejadahnya dia menunggu ku di situ? Gumam yang musykil mula menyenak benakku yang sedia tersisa soal…)~1st klu ~

Maka langkahan riang bermula sambil berborak2 kecil. Dia ku lihat melenggang kangkung mak minah sahaja sambil memegang purse putih beserta handphone sony ericcson gediknya berkaler merah, membuai2 manja di jemari , suatu kebiasaan yang aneh dan memang luar biasa bagi seorang dirinya, lainlah aku yang pada saat ini masih alah untuk memegang barang sejenis beg yang disangkut di tangan, atau sinonimnya bergelar handbag. “Mana beg?” soalku berbasa basi. “ Pass suh diore wak kelik ”jawabnya juga dengan syak yang masih membuai hatiku. Haih,pelik2. ~2nd klu~

Tiba2 terlihat kelibat 3 senior tahun 4 sedang menyumbat perut yang berbunyi di Small Baron(sukati je label Baron itu…) Setelah berbual2, maka keluar ayat ini dari mulut comel akak itu “ Eh tadi baru nampak ** aka Miss N3 keluar dari Baron. Macam baru lepas beli kek…” ~3rd klu~ ngahaha~ Akalku yang ligat selama ini meneka nampaknya sudah mula menjumpai jalan keluar, jua jawapan kepada gumam yang musykil itu. Mereka ingin mensurprisekan diriku ini yang selama ini memplan untuk mereka. Tidak mengapalah, baik sahaja jika menurut, bimbang pula peluh mereka yang menitik itu merancang tidak sepadan dengan hasil yang diharapkan.

Dan ternyatalah benar itu~ Miss Honey’s menyatakan bahwa mereka sedang menunggu di Geraldine, dan mengajak singgah.Dari saat kakiku memijak tangga sahaja aku sudah tersengih macam kerang wangi sahaja, dan sesampai di meja,mereka menyanyi lagu rasmi tanda usia menjengah 21. Terima kasih geng! Jasa kalian dikenang! (Makan free, sapa tolak tu namenye hampeh buang rezeki beb! Dahla filet fishnya sedap macam isi ayam… Big clap to all of them atas segala pengorbanan! Clap3~ ) Dan tahniah juga atas pemilihan lokasi yang 1st class, superb! (This one is nominated to Miss Particular n Miss Ungu!)

Terima kasih nian atas susah payah kalian. Ingatkan tak perlulah menyelebret, since kita semua memang tidak cukup tanah serta tunggang langgang dengan jadual Tahun 3 yang jika ayat heyperbolanya ibarat electron petala ke lapan takleh turun orbit barang seoktaf, lantaran ternampak elektron2 lain sedang berlanggar2 di bawah… Begitulah, namun masih sudi meluang masa. Sob3…(nada syahdu) Semoga kita semua masih bisa serta tegar berkawan seperti dolu2, malah makin utuh lagi menguat antara satu sama lain, dan marilah kita juga semua memuhasabah kerna makin mendekati jalan ke alam abadi… Bak kata sang teman yang antara terawal mengwish, Birtday adalah tanda untuk mendekati ending yang membuka kehidupan lain pula. Peringatan terbaek! Selamat Pendek Umur buat diri sendiri !

(malfunction yang diparasitkan oleh encik blogger dash selaku host menyebabkan gambar2 cun tidak dipat diupload, mungkin memerlukan kajian lanjut dari segi pathologynya, serta microb2 yang berusaha merosakkan, agar nanti adelah teori kerosakannya dari aspek pharma bakal diutarakan oleh para bijak cendikiawan sekelian)

Tentang berketiadaan gambar itu, nanti2lah di masa hadapan jika beradaan masa luang barang sedetik..Arakian maka hikayat ini selesai dan mahu manutup tirai.