Friday, October 30, 2009

Banjir Jangan Cemas dan Cool Lah

Baru pulang dari kelas..Sedang bersidai bergosip di bilik belakang.Oishh ta'ban giddan..Hujan da menari-narin jazz di lua.Makin lebat hujan makin rancak gosip..Suddenly....

Kawan-kawan HUJAN AIS BATU~!!!!!!!!!!!!!

N_3 yg sedang membelai kuali di dapur mengejutkn suasana.Terus membuka langkah ke tingkap utk mgusha fenomena alam yg sukar diketemui di Malaysia.. Subhanallah..cunn kot...Tapi tahun ini molekul saiznye kecil-kecil spt batu kerikil saje.Taklah spt tahun lepas yang boleh meninggalkn kesan benjolan pada yg 'bertuah' di luar sana.

AAAaaaaaaaaaaaaaaAAAAA!!!

hujan batu di negeri org..lebih baik hujan monsun tropika di negeri sndri..[peribahasa ini amat benar]

asal ada snowman ke?

Banjir da nih![hamek begosip lagi!]


'Jangan cemas ketika banjir..Sila ambil baldi dan tadah di luar..'..Seseorang mengeluarkan cadangan penuh lagak ahli bomba keselamatan..Dgn muka yakin terus keluar menadah
baki-baki hujan yang turut 'disumbang' oleh orang rumah atas..Arab di bawah dah bantai gelak sepapan melihat aksi kami..Eh dia ingat nak tadah air ni wat masak lemak ke?Banjir la...dush2

Nasib baik hujan berhenti.Hanya tinggal proses menolak-nolak air membuang kesan bukti sebelum empunya bilik pulang rumah.Kang ada jugak yg tak lalu makan nasik melihat biliknya yg spt swimming pool.uhhuu..

Namun,spt keluar mulut rimau masuk mulut kucing [peribahasa akibat lama meninggalkan spm]..banjir kedua berlaku di dapur apabila paip air bocor..apekah ini???



Kesimpulannya,rumah ini perlu diadakan doa selamat akibat lama ditinggalkan ketika pulang msia.Atau sebenarnya mahu memberi isyarat pada baba utk mgupgrade rumah? 'We like this'~




falsampah:-video xdpt diupload kerna keadaan amat kalut,video jadi tunggang tebalik
-masih pelik bgaimna boleh banjir sedangkan rumah ini tgkat 6?

Thursday, October 29, 2009

IstiQbaLul haRRrr!!


hachuuuum!!!

berabuk betul blog nih! mna m'hilang mrk2 ini??
ya, kami br sampai dr tanah air malaysia yg tercinta itu~terasa seperti mau mengibar bendera malaysia di balakon rumah dan meletakkan sepanduk "1 MALAYA" tanda protes dihantar pulang oleh keluarga.


mendahului di trek penerbangan, miss ungu dan miss n3 dihantar kembali untuk kembali memulakan profession sebagai bakal tabib pula setelah lebih 2 bulan mereka menjadi 'bibik ganti' di rumah masing2.miss ungu m'baby sit kn jijah aka Qish yg cumil, cik n3 pula masih m'jd kuli tetap bg yg maha mulia ,tuan muda Wiwie.

selesai berdrama sinetron di KLIA, maka bermulalah pengembaraan mereka berende' mengharungi lautan api, merentas bukit bukau, menakluk awan biru, berjuang sebentar di Bahrain dan akhirnya tiba di destinasi.Berbanyak arigatou kepada incik2 mushrip berjaya yg
telah meminjamkan 6 pack muscles untuk mengangkat khazanah mereka yg mencecah 58 kg itu~ huhu.(miss ungu menyeludup jijah mungkin?)

wee~ sampai rumah.Rinduuuuuuuuuuu.......ops!
ternyata kepulangan ini memang dinanti2 kan rupanya~
ISTIQBALUL HARRRRRR bak kata cigu arab dolu2.(sambutan panas? sambutan hangat)



bunga rampai yang ditaburkan tanda selamat pulang~




kerja2 penebukkan jalan



Debu-debu kota raya~


terowong bawah pintu?



bibit bibit cinta yang tak terluah dek kata2, diluahkan dengan warisan




edisi mengamuk sakan~




adrenaline rush mungkin?



maka, arakian, melompatlah kedua gadis itu sambil berlinangan air mata tanda gumbira terharu melihat buah tangan yang dihadiahkan sempena percutian musim panas tetamu yg tidak diundang itu.sudahlah berholiday tak dikenakan charge, bermurah hati pula mau meninggalkan bibit2 cinta berwarna hitam kekelabuan. kalau ikutkan hati, mau saje dikutip peninggalan2 mereka dan dibuat ujian DNA supaya bungkusan pos laju Potassium Cyanide dihantar sebagai balasan tanda mereka tidak bertepuk sebelah tangan.huu~

ibrah yang boleh diambil~

1> jangan biarkan rumah anda dibiarkan tanpa penghuni selama lebih dr sebulan. silalah meminta jasa baik sahabat handai, jiran tetangga utk mengawasi kemungkinan pelawat2 xdiundang.
2> Sila kosongkan stok2 melantak anda dari kotak2 sebelum meninggalkan rumah.
3> Menghembuskan ayat2 jampi serapah mendoakan supaya rumah anda aman sblm ditinggalkan dgn masa yg lama.
4> Jangan biarkan kanak2 pulang sendiri ke rumah tanpa pengawasan org tua.

sekian update kali ini, doakan kami selamat~

Thursday, October 8, 2009

KELAHIRAN SEMULA..

'eh,asal xblh nie?..(cube lg)
aik???ape ek?..(cbe lg)
mcm mne blh xingt nih..adoii'

keluhan seorg hamba yg dirahsiakn identitinya :p
hmmm..ble tiada,ia diada2kn..
ble ade,abaikan dirinyer..
ble dah lame..pelupa..adik bradik alzeimerlah jdnyer..
bebelan yg mengena dr sendiri..

assalamualikum semua..

lame jgk blog ini bersarang..huh! berhabuk sakan..!
inilah perangai sebenar bdak2 ammurah nih..(suke sgt buat sarang):p
sampaikn nk sign in pon,dah lpe id sndiri..
(nk wat mcm mne,rajin sgt menge'post')
terpakse la pakai id kak ros nih..

alhamd..masih d beri kesempatan utk bernafas.
segala pujian pada pencipta yg maha pemurah lg maha penyayang..
diberikan pelbagai2 nikmat kp hamba2Nya..utk ape??
supaya hambaNya sentiasa memanjatkan kesyukuran kpNya..

pejam celik,pejam celik..
rupa2nya..cuti kami d mesia kian hampir ke penghujungnya..huk3
tercapai juga hasrat2 kami berlima,utk beraya d mesia taon nih..
terisikah cuti ini???
persoalan yg xtaw la nk d jawab mcm mane..
angguk2,geleng2 je la..

sudah merindui keriuhan suara2 si pemilik teratak kayangan ammurah sekalian..
pekikan arab2..
kebingitan dan kesibukkan syari' tir'ah..
juga..
kesayuan meniggalkn tanah air..
kedamaian dan kehijaun bumi malaysia..
serta,ketenangan bersama org yg tersayang..

inilah luahan hati shbt,kpd shbtnyer..
kakak kpd adknyer..
ank kpd ibu bapa nye..
cucu kpd mamatoknyer..
hamba kpd penciptaNya..

~sekian~

Monday, September 7, 2009

unwritten and unspoken





There are some better left unwritten and unspoken cause it's from us to interpret. However the nasheed/song from above somehow did give mend to our heart. In fact we all are not perfect but we can try to be a better person for the sake of now and hereafter.Insyaallah.

p/s : Serius menitiskan air mata. Banyak lagi kekurangan diri~

Friday, September 4, 2009

sentiMENTAL mode

Salam...
(sambil bersin kerana udara sekeliling berhabuk dan bersawang)
Malam ini bulan penuh,lawa dan cantik sekali
Dan jiwa2 yang dalam kesyahduan mula bernyanyi-nyanyi lagu sayu
Namun abaikan itu, masih banyak perlu dikejar
Terutama di bulan pesta pahala ini
Pejam celik pejam celik, sudah 15 Ramadhan
Maknanya, berbaki lagi 13 hari, kerana puasa tahun ini jumlahnya 28 hari
Teringat kenangan2 lalu, Ramadhan dan Syawal sebenarnya bulan memori
Mari kita raikan 2 bulan ini sebagai bulan ukhwah rumah B9/ammurah
Kenapa? Mari kita lihat!!!























~sebuah kisah klasik untuk hikayat masa depan~

Pictures do speak louder than words sometimes=)

Benar, aura rindu memenuhi segenap ruang atmosfera
Malaysia mahupun Mesir, bila tautan hati berdegup
Kita hanya mampu merealisasinya di alam mimpi
Namun rafak rabitah kala usai solat diharap memelihara semua
Ya, kamu,kamu,kamu,kamu, saya, dan special 'kamu' untuk dia yang sudah dimiliki
"Fawassikillah Humma Rhobitotaha, Ya Allah"

p/s: Jika kamu-kamu ingin menambah koleksi di atas, dialu2kan. Simpanan album sudah banyak yang terkurang, maka sudi2lah kiranya. Dan peringatan, kita semua masing2 punya UJIAN yang telah ALLAH tetapkan, namun jangan pernah terlupa bahawa DIA tidak pernah meninggalkan kita,waima sedetik.Hanya DIA yang Maha Tahu beban, kepayahan dan ujian hamba-Nya. Marilah kita belajar bersabar semuanya sebab...

" Dan sampaikanlah khabar gembira, bagi orang yang bersabar" (al-baqarah,155)

Thursday, August 20, 2009

sampaikan Ramadhan kepada kami

Tengok-tengok tajuk juga sudah berbunyi teruja bukan? Belum tunggu lagi pengumuman untuk hari berpuasa. Kalau dulu-dulu masa di Malaysia terujanya bukan main tunggu depan tv samalah terujanya dengan menunggu hari raya. Nama pun budak kecik mestilah teruja nak beraya dengan baju raya. Dulu-dulu,abah kata kalau puasa penuh 30 hari maka 30 ringgit lah dapat buat duit poket. Banyak tuh.Jangan main-main. Kalau setengah hari puasa,maka kata abah 50 sen jadinya. Ha,dek kerana terujanya zaman kecik-kecik yakni masa darjah satu dulu maka bersungguh-sungguhlah memenuhkan puasa selama 30 hari. Lucu pula kalau teringatkan zaman budak hingusan dulu. Bukan hingusan yang itulah.Zaman kecik-kecik yang tahunya main saja.

Okey-okey itu alkisah zaman budak-budak. Semalam sempatlah pergi ke program sampaikan Ramadhan kepada kami. Bunyinya menarik bukan? Menarik lah. Dipendekkan cerita,Ramadhan kali ini,insyaallah kita semua akan memperbanyak ibadat-ibadat sunat kerana pahalanya digandakan sebanyak 70 kali. Penuhi Ramadhan kita kali ini dengan ketaqwaan,insyaallah dan mudah-mudahan puasa kita diterima Allah s.w.t. Jadi sekarang tinggal tunggu tengok anak bulan jer. Kalau anak bulan muncul,kita akan berpuasa esok hari.

p/s :Boleh jadi anak bulan takut nak keluar sebab H1N1.
antara amalan yang perlu dikurangkan =)

Friday, July 31, 2009

separuh nafas

Separuh nafas
Dalam ketidakpastian detikan masa
Ku lihat penghujung lorong berbalam
Sinar itu, bisakah datang
Atau kelam itu, bakalkah menjengah

Separuh nafas

Ribut di dada ini kian berkocak
Tunjang pohon ini akarnya merekah
Paksi bumi kian ligat berpusing
Tuhan, tegarkan aku dalam agung kuasaMu

Separuh nafas

Pawana, hembusi jauh kisah duka
Lara ini biar ada penawarnya
Pawaka, nyalai marak cerita suka
Luka ini agar ada sembuhnya

Separuh nafas

Saat esakan hiba parah nian
Tersentak, dari senandung irama pedih
Wahai diri
Engkau siapa mahu mempersoal kudratNya?
Engkau siapa mahu merintih takdirNya?
Engkau siapa mahu mengeluh ujianNya?
Engkau siapa mahu menjengah tabirNya?

Separuh nafas

Untaian syukur jangan pernah terhenti
Hijab hikmah bakal disingkapi
Nikmat Ilahi hujung jalannya pasti
Perit sabar buahnya manis terperi

Tuhan,

Lenakan aku dalam rahmatMu
Nyawakan aku dalam redhaMu
Agar separuh nafas berbaki ini
Helaannya berhembus sisa damai abadi


remang maghrib

teratak langit
310709, 2030