salam...
ada apa dengan tajuk di atas?
CIP CIP (baca : cheap cheap)
ya, orang2 terlibat dengan misi DIngorat si comel/kacak (baca: kerana ahli bait bergender xx, maka dia dipanggil si kacak~) ini arif benar dengan apa yang terjadi
kisah bermula sehari sebelum, dengan kegegeran miss n3 terhadap kehadiran si kacak di biliknya
(maka tajuk post menjadi kenangan sehari setengah buat miss n3)
puas ditepis godaan si kacak, namun kesucian minda miss n3 tidak mampu mengusir si kacak keluar dari biliknya
lantas si kacak dibenar bermalam di biliknya, di bawah almari tidak silap (euuww, nagwa! btw, dia masih menjaga batas dengan tidak membenar si kacak sekatil dengannya)
hari kemudian, yakni 1 jun 2009
tidur orang sebelah diganggu lagi
"akak! akak! tolongla kita~ dia taknak keluar tu"
maka dengan penuh yakin masuk ke biliknya, sambil menggonyoh-gonyoh mata
cuba mengejar si kacak yang sungguh ligat ke sana ke mari tanpa malu
sudahlah menceroboh bilik anak dara, main aci kejar pula dia, agak melampau!
berbekal sebatang penyapu, cuba mengusir si kacak keluar
sedaya upaya bersopan dengannya, yerla, tetamu datang membawa rahmat
namun dalam kes ini, pabila tetamu tidak mahu pulang2,berlegar2, gawat juga!
dikejar lagi, lari... dikejar, terbang... dikejar, melayang...
walau pintu dan tingkap terbuka luas, namun dek kerana matanya yang mungkin sudah gila bayang, maka tidak nampak lagi jalan pulang ke pangkal (istighfar...)
dan dia end up dengan menceroboh pula kamar miss ungu
(sungguh kasanova dia ini!)
dan di destinasi seterusnya itu, dia lepak pula di bawah almari
wahai~ bilala mahu keluar
sudahla di bawah itu sememang penuh dengan khazanah datuk moyang serta stok ubat
dan bilamana menghampiri 3.30 petang, masih dia di situ, lalu kembali ke bilik
dan seketika kemudian, dikejutkan lagi dengan jeritan.
"akak! tengokla dia ni... terlekat ke apa kat situ, takleh lari"
lalu memanjat meja yang menempatkan stove, memegangnya
dan nyata si kacak yang malang rupanya tergam dek minyak di saluran gas
Allah, nak melepaskan dia yang tersepit itu satu hal
dipatuk2nya jari yang berjasa ini
sabar sahaja, nasib pernah ada pengalaman dengan kelawar serta tikus jamban dulu
dan dia terluka, agak parah
dilap dengan tisu, disapu air, dibuang habuk yang terlekat, serta disapu anti inflammatory!
penuh kasih sayang membelainya (namun tiada unsur love at 1st sight dengannya,say no to couple! jatuh kasih serta kasihan, mungkin ya)
setelah beransur sedikit baik, berusaha membuat percubaan pulang,namun tidak berjaya
miss particular mencadang dibawa ke pakar veterinar (mak oi,idea bernas sunnguh!)
sebaliknya die menyusup di celah2 tempat terlindung, malu barangkali kerna bersifat tidak senonoh terhadap tuan rumah
end up, mengurungnya di dalam bulatan dawai, dan dicampak2 roti supaya dimakan
dan ditontoni miss n3,miss ungu,miss particular seperti berada di zoo, manakala miss honey's lebih selesa di bilik, bimbang terlepas geram terhadap si kacak nakal gamaknya~
usai solat asar, nampak dia semakin pulih, ceria melompat2
maka dengan andaian dia sudah boleh dibawa pulang, melepasnya di balkoni
dia terbang, namun kerana faktor angin yang agak kencang
ditambah usianya setahun jagung, maka landingnya yang cun di atas kereta bersampul di bawah membawa nasib malang
dia telah kembali ke pangkuan Maha Pencipta
ya, sedih, di sudut hati ini, namun mungkin itu yang terbaik untuknya
sekurang2, dia pulang dengan tenang dan aman, dan kami semua telah usaha sedaya melayannya selaku tetamu
moga ada sedikit ibrah dapat diambil
~bayangkan si kacak patient anda di masa hadapan, bagaimana ingin memberitahu keluarga si waris bahawa dia tak dapat diselamatkan
~belajar bahawa walau ada seminoriti jalan sekalipun untuk patient pulih,jangan mudah berputus asa merawatnya
~jangan sesekali meletak setmind terhadap peluang patient kita untuk sembuh, atau memandang rendah pada keupayaannya untuk melawan penyakit, kerana mungkin kita boleh belajar sesuatu dari situ ~we are never perfect but,we can learn from other perfectness~
~dan paling penting, sentiasa letak diri di tempat patient, maka anda akan jadi doktor terbaik! ~a good doc is a good observer, not a good diagnoser~
sekian, kisah klasik untuk masa depan
(mungkin foto2 kenangan bersama si kacak bakal diupload miss n3 di masa lapang)
4 comments:
ahahaha~
hilang stress blaja
wahai~sgt rindu chip chip
baru subuh smlm dia kejutkn
namun subuh kali ini dia sudah tiada~
sedih~
tp ttp gumbira stlh m'imbas kembali keberjayaan memilih ant. krim anti inflammatory n krim kulit kering!! hahah...adeh~
p/s:akak,org rasa dia x innalillah la.sure kwn dia yg tlg papah g spital.
kesedihan pula hanya mampu mebaling-baling roti dari sangkar comel itu..ngee...
cip cip elok melakukan landingan payung terjun hari itu la..elok je nampak dia tertepek atas kereta pakcik arab tuh..
mungkin blum arwah..mungkin telah dijadikan haiwan ternakan arab itu..=p
pandai2 kome je yer mngatakan die blm arwah
selaku org yg plg dekat d saat2 akhirnya, i tetap rs die tlh pg mnemui Penciptanya
xpela, sme2 kita mndoakan yg tlh tiada
teori kata die telah dipapah tu, cam agak mustahil
sbb nnt die xley kne angin pn rseny,sakit!
n xpela die x mkn roti pn, sng skt nk kafan, xbyk remnants dlm perut=p
n pacik kete 2 rsenye tiadalah sebaik hati memelihara die yg sdg gering itu~
Post a Comment