kiamat sudah mendekat.lapisan-lapisan ozon makin menipis
(memetik kata-kata fandy drpd filem 'kiamat sudah dekat')
bilik yg dahulu bertitle 'bilik madam' atau bilik honeymoon sudah jatuh rangking terbawah.
lagak sudah kayak ayam golek yang berkuak lentang dalam oven sedang digrill.
bagus.memang menarik.masih tiada lagi cawangan kenny rogers dibuka di kawasan kediaman ini
adakah itu tanda?
masa-masa terdekat ini berbagai-bagai cerita telah mengundang tachycardia.
lebih awal
isu swine flu yang semakin merebak.fatal makin meningkat.pandemik yang meresahkan.lebih resah si anak rantau.adakah bakal dikenakan restriction?eh mesir juga sudah ada kes?
lagi berita
Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia kerana barah pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras.
Artis juga manusia...
kencang
pembunuhan sekurang-kurangnya 10 orang jemaah ketika sedang menunaikan solat di daerah Cho-Airong, Narathiwat, selatan Thailand.Masjid sebagai tempat mulia rumah Allah itu jadi saksi kekejaman musuh Islam.
bagai tersiat
Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kaherah, Mesir, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya kelmarin.
kata orang tak kenal maka tak cinta.namun tak tahu kenapa,pertama kali melihat foto arwahyarham saja hati mula berkalang sendu.sayu,pilu,sedih semua rojak seribu .padahal pertemuan tak pernah berlaku.
'sekarang ini betul2 mode sayu lagi berhati lembut'.kata seseorang.
Ammar Zulkifli,seorang yang diakui insan terpuji sirah hidupnya melalui coretan sahabatnya,moga mulia darjatnya di-sisiNya di sana bersama para bidadari syurga.
Dua lagi sedang dalam rawatan di hospital.Berdoa moga mereka selamat.
......................................................................................................
Pelbagai kisah namun semuanya adalah sama.Musibah yang dilihat adalah satu hikmah yang sangat dekat dan pantas sekali untuk kita iaitu kematian. Benar… kematian. Bukankah musibah-musibah itu telah menyebabkan kematian ratusan ribu jiwa?
Setiap yang hidup pasti merasa mati.
Tak kira bagaiman keadaan dan cara.Umur tua atau muda.Semuanya menerpa sekelip mata.
Kun fayakun,maka jadilah.
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(QS. Al-Jumu’ah [62]:8)
(QS. Al-Jumu’ah [62]:8)
kiamat makin mendekat..al-fatihah untuk semua muslimin.
tak percaya atau masih tak mengerti?
0 comments:
Post a Comment