Salam imtihan buat warga rumah
Ya, title post memang agak sentimental
(Miss N3 berhati waja sila jangan muntah hijau dahulu)
Sebenarnya melihat ke langit luar
Mendung, tapi tak hujan2 jua (Memang sedang rindu hujan itu)
Hari ini nampaknya semua orang mood juga berubah2
Ada yang itu sedang malayan hari malasnya
Hari malas sedunia katanya, walhal malas sebilik dia sahaja pun
Ada yang itu nampaknya sedang fokus stady
Wah, bersemangat dia bila dapat tahu tiada graf masuk periksa
Semua arif dia memang manusia anti-sebarang-jenis-graf no 1 dan paling terkemuka
Yang itu?Agak seperti biasa
Berusaha meningkatkan kerja2 HCl n saliva secretion
Pada masa yang sama giat melatih otot2 stomach bekerja keras di musim2 seguk ini
Ahli sebelah sini? Usah ditanya
Siang tadi yang itu emo dengan orang atas
Wah,berapi dia murka, ditendang dinding bilik orang lain jurus silat buah hikmat
Yalah, dia sopan. Boleh pula orang atas main cikucak sambil tekan tingtong tingtong
Ahh~ bising dan mengganggu masa dia dengan Tuhan. Sapa x geram kan?
(Eh, maaf, terdescribe detail pula. xpelah, sebelah sini berdua sahaja ahlinya...)
Sorang lagi pula sedang pening mahu masak apa
Serasa macam sume resipi sudah dicuba, aci campak serta rasa segala bagai
Aih, camane mak2 masak sentiasa sedap, lauk rotation variasinya sebulan
Tidak jemu pula dijamah. Oh, cepatlah mak sape2 datang masakkan anaknya tolonglah~
Situasi2 biasa dalam trimester pertama minggu periksa
Nanti dah habis sume pun berjalan menerawang entah ke mana2
Yang berdua itu insyaAllah terbang ke Turki dengarnya
Sorang pula sudah ditempah ambik tender masak-memasak di Alexandria. Wah, lumayan!
Lagi berdualah yang akan menjadi penunggu rumah yang setia
Xpe, janji sume hepi bahagia, ya? ya?
(Nampak tak yang hujung tu memegang garpu dengan agak rakus. Takoootnya!!!)
1 comments:
hari malas sedunia~ yeah!
Post a Comment