Tuesday, January 19, 2010



...kawan-kawan cepat senyum kita kira dari satu
sengaja berlagak spt ketua kelas darjah satu mengeluarkan titah perintah sebab nak rasa muda.
oh memanglah sindrom masyarakat puluhan tahun haihh....*tejebak*

okkelah..stret to da point,hari ini mcm rajin nak berkongsi satu fakta.sbb dah tahu korg mmg suka info yg ada label fakta je kalo mitos konpem..'haishh ape ni org tua la ko mitos-mitos plak' ..erghh..

your friend is your mirror
feymes kan fakta nih.mcm selau-selalu je dpt forward msg comel2 kat hp psl fakta ni.[skrg mcm tak la kot since tade sape nak rajin forward bile kene charge tiga posen satu msg ceh!]
kawan hangpa chermin hangpa bila translate org utaranye ' language'.saya kasi trim lagi,orang sekeliling anda adalah cermin refleksi diri anda..huwaa..byknye cermin..save bajet nih.lepas nih tayah kua 20sen tiap kali nak masuk toilet awam semata-mata nak 'maintain' rambut.[dak laki la nih salu wat pompuan xde touch up-touch ni ngeh :D]

ada sorang nih yang sgt serius.tgk muka dia punya eerie kalah hulk hogan.sarip dol pun tabik sama tahap samseng dia.penah tak time muka dia serius punya macho tuh korang keluarkan senyuman menawan colgate tuh?
'haipp sape berani!'
haha..cubalah. smile is contagious. insyaallah,korang senyum kat dia,dia boleh balas dengan senyum kambeng lagi kot [sbb ter'accident' smile].kiranya,kalau orang kat sebelah kita masam,muka kita refleksi kemasaman dia jugak.so,bila nampak ade muka kawan korang yg senget,itu signal mudah untuk korang cepat2 tarik balik senyum sampai tinge.ngeeeeeee...>_<



fakta menarik tentang SENYUM yang buat makin tersenyum ^_^ :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan stimulate hormon.

2.
Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.[kan da cakap smile is contagious..]

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita
hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.[
less frowning please..]

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
[comfy-comfy heyy]

5 Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa.[sebab tu mereka berwajah mulus suci bersih tanpa stress..oh jeles-jeles..]

6. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari
Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik.
[stress yg tak baik kita tayah kawan dia]

7. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.[tak nak heart attack jom senyum]

8. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.[lepas nih kene senyum baca buku pharmaco]

9. Ada juga yang percaya ketawa boleh
membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.[haha font terlebih besar bcoz ohh i loikee this!!]

10. senyum itu satu
sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau memulakan perkenalan [break the ice with smile]

11. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".



macam dah 'extraordinary 'panjang post kali nih.salu tulis pendek2 je sbb sndri pun mls nak mmbaca kalau panjang2.tak kesahla ada yg baca ke tak yang pastinya the next generation [ anak cucu cicit] blog hopping boleh senyum sebab dia tawu moyang dia suruh senyum..* ngehh

*doctor cakap LAUGH IS THE BEST MEDICINE.
bagus.tayah hapal nama-nama drugs yg bejela-jela dlm pharmacology tuh lagi.bagus.


0 comments: