~Atas desakan bertubi2 dari orang ramai, maka diri ini tampil membuat kenyataan rasmi~
“Inflammation is response of the living tissue to injurious agent. The response consist of vascular ,lymphatic and local tissue changes. The aims are to….” Tett tett…. Tett tett… Mesej membunyi pula.
Sapelah plak insan bertuah menggoda waktu syaitan durjana sedang enak memonteng kerja melalaikan aku dari menstudykan diri ni? Alahai la~
‘**, teman ore g amik duit jap. Ore pun duk dale gamaah jgk ni’ – ***** aka miss honey’s-
Mesej replyku bertanyakan lokasi serta aktivitinya ketika itu tidak berjawab. Maka aku yang baik mengiakan diri untuk menemannya mengambik duit, memikirkan dia ingin ke HSBC berdekatan Misr Thoiron. Selepas Zohor, kami bakal bertemu mata, itu balasanku pada dia.
Maka selepas selesai kewajipan pada tengah hari nan panas itu, aku pun melangkah dengan macho ke bawah, selepas janji untuk bertemu di pintu Kuliah Tibb bertukar ke KFC. (apekah kejadahnya dia menunggu ku di situ? Gumam yang musykil mula menyenak benakku yang sedia tersisa soal…)~1st klu ~
Maka langkahan riang bermula sambil berborak2 kecil. Dia ku lihat melenggang kangkung mak minah sahaja sambil memegang purse putih beserta handphone sony ericcson gediknya berkaler merah, membuai2 manja di jemari , suatu kebiasaan yang aneh dan memang luar biasa bagi seorang dirinya, lainlah aku yang pada saat ini masih alah untuk memegang barang sejenis beg yang disangkut di tangan, atau sinonimnya bergelar handbag. “Mana beg?” soalku berbasa basi. “ Pass suh diore wak kelik ”jawabnya juga dengan syak yang masih membuai hatiku. Haih,pelik2. ~2nd klu~
Tiba2 terlihat kelibat 3 senior tahun 4 sedang menyumbat perut yang berbunyi di Small Baron(sukati je label Baron itu…) Setelah berbual2, maka keluar ayat ini dari mulut comel akak itu “ Eh tadi baru nampak ** aka Miss N3 keluar dari Baron. Macam baru lepas beli kek…” ~3rd klu~ ngahaha~ Akalku yang ligat selama ini meneka nampaknya sudah mula menjumpai jalan keluar, jua jawapan kepada gumam yang musykil itu. Mereka ingin mensurprisekan diriku ini yang selama ini memplan untuk mereka. Tidak mengapalah, baik sahaja jika menurut, bimbang pula peluh mereka yang menitik itu merancang tidak sepadan dengan hasil yang diharapkan.
Dan ternyatalah benar itu~ Miss Honey’s menyatakan bahwa mereka sedang menunggu di Geraldine, dan mengajak singgah.Dari saat kakiku memijak tangga sahaja aku sudah tersengih macam kerang wangi sahaja, dan sesampai di meja,mereka menyanyi lagu rasmi tanda usia menjengah 21. Terima kasih geng! Jasa kalian dikenang! (Makan free, sapa tolak tu namenye hampeh buang rezeki beb! Dahla filet fishnya sedap macam isi ayam… Big clap to all of them atas segala pengorbanan! Clap3~ ) Dan tahniah juga atas pemilihan lokasi yang 1st class, superb! (This one is nominated to Miss Particular n Miss Ungu!)
Terima kasih nian atas susah payah kalian. Ingatkan tak perlulah menyelebret, since kita semua memang tidak cukup tanah serta tunggang langgang dengan jadual Tahun 3 yang jika ayat heyperbolanya ibarat electron petala ke lapan takleh turun orbit barang seoktaf, lantaran ternampak elektron2 lain sedang berlanggar2 di bawah… Begitulah, namun masih sudi meluang masa. Sob3…(nada syahdu) Semoga kita semua masih bisa serta tegar berkawan seperti dolu2, malah makin utuh lagi menguat antara satu sama lain, dan marilah kita juga semua memuhasabah kerna makin mendekati jalan ke alam abadi… Bak kata sang teman yang antara terawal mengwish, Birtday adalah tanda untuk mendekati ending yang membuka kehidupan lain pula. Peringatan terbaek! Selamat Pendek Umur buat diri sendiri !
(malfunction yang diparasitkan oleh encik blogger dash selaku host menyebabkan gambar2 cun tidak dipat diupload, mungkin memerlukan kajian lanjut dari segi pathologynya, serta microb2 yang berusaha merosakkan, agar nanti adelah teori kerosakannya dari aspek pharma bakal diutarakan oleh para bijak cendikiawan sekelian)
Tentang berketiadaan gambar itu, nanti2lah di masa hadapan jika beradaan masa luang barang sedetik..Arakian maka hikayat ini selesai dan mahu manutup tirai.
6 comments:
ahahahahahah...
sbg balasan post ini silalah mngmbil kek hangit di dapur...=p
bahasa yg pening
erk,sape anonymous nih? mungkinkah die belum mengenali sang diri ini yang sememang bertapa sastera bergurukan shahnon ahmad,tongkat warrant,FT,serta sekalian barisan yg swaktu dgnnya?
mungkinkah? mungkinkah? =P
dah knal dah.tu yang tak suke sastera rojak tuh.hahahaha.
salam~
nice blog, najwa..
keep up the good work..^_^
wsalam,ruQaiyah..=)
tulisan melepas geram housemate2..
almaklumlah jauh dr msia
Post a Comment