Friday, September 4, 2009

sentiMENTAL mode

Salam...
(sambil bersin kerana udara sekeliling berhabuk dan bersawang)
Malam ini bulan penuh,lawa dan cantik sekali
Dan jiwa2 yang dalam kesyahduan mula bernyanyi-nyanyi lagu sayu
Namun abaikan itu, masih banyak perlu dikejar
Terutama di bulan pesta pahala ini
Pejam celik pejam celik, sudah 15 Ramadhan
Maknanya, berbaki lagi 13 hari, kerana puasa tahun ini jumlahnya 28 hari
Teringat kenangan2 lalu, Ramadhan dan Syawal sebenarnya bulan memori
Mari kita raikan 2 bulan ini sebagai bulan ukhwah rumah B9/ammurah
Kenapa? Mari kita lihat!!!























~sebuah kisah klasik untuk hikayat masa depan~

Pictures do speak louder than words sometimes=)

Benar, aura rindu memenuhi segenap ruang atmosfera
Malaysia mahupun Mesir, bila tautan hati berdegup
Kita hanya mampu merealisasinya di alam mimpi
Namun rafak rabitah kala usai solat diharap memelihara semua
Ya, kamu,kamu,kamu,kamu, saya, dan special 'kamu' untuk dia yang sudah dimiliki
"Fawassikillah Humma Rhobitotaha, Ya Allah"

p/s: Jika kamu-kamu ingin menambah koleksi di atas, dialu2kan. Simpanan album sudah banyak yang terkurang, maka sudi2lah kiranya. Dan peringatan, kita semua masing2 punya UJIAN yang telah ALLAH tetapkan, namun jangan pernah terlupa bahawa DIA tidak pernah meninggalkan kita,waima sedetik.Hanya DIA yang Maha Tahu beban, kepayahan dan ujian hamba-Nya. Marilah kita belajar bersabar semuanya sebab...

" Dan sampaikanlah khabar gembira, bagi orang yang bersabar" (al-baqarah,155)

1 comments:

dr.N3 said...

hua~ isk..isk~
k.ha...mode sentimental anda telah menyengat.sgt rindu.semua.serius.

ya,semua dgn ujian masing2.moga Allah perkuatkan stp hati yg melalui ujianNYA.

~Doa penghubung kita~