Aku melihat
Dunia yang kian rapuh
Isi dunia yang usang
Bukan usang dimamah usia
Usang kerana huninya
Aku berjalan
Di atas jalan yang bersimpang
Bukan jua kerana salah ciptaanNya
Tapi lurus yang dibengkokkan huninya
Aku merasa
Rasa rindu yang melimpah ruah
Tapi bongkak mendiami hati
Aku membaca
Buta surat cinta kepada khalik
Aku mendengar
Seruan Ilahi,lalu aku rindu
Aku menabur kata-kata
Jelas bibirku kering
Lalu aku tinta kata-kata ini
Aku titipkan bait-bait rindu bersulamkan rasa kasihku
Jangan nanti aku terlewat hingga aku terlelap
Nukilan : 2.00 am, 16 Mei 2009
3 comments:
syahduuunyehhhh~~
yeh,idup bln 5!!haha
=)
ok now i knew whose d author! keep it up. u'r doing a ggod job. by d end of 6th y, kiye akn ad collections of poem geng! hahaha
Post a Comment