Friday, October 29, 2010

indah hari ini

hari ini indah sangat.
indah sampaikan mahu senyum seluruh hari.
memori-memori hari ini indah sampaikan kalau mampu mahu capture detik-detik ini dan bekukan pada mesin waktu.
yang tertawa, yang senyum manis, semua ada.
syukur untuk tiap-tiap rasa
bisik untuk esok yang bakal tiba, jangan suram lagi!

untuk dia yang setahun menginjak usia




untuk dia yang setahun menginjak usia,
terus kelip di celah malam ya.
untuk dia yang setahun menginjak usia,
teruskan setiap apa yang kamu percaya
untuk dia yang setahun menginjak usia,
terus berkongsi rasa dan cinta.
untuk dia yang setahun menginjak usia,
sayang dia kini dan selamanya dan insyaallah hingga ke akhir sana

untuk dia yang setahun menginjak usia,
semoga solehahnya terus dicemburui bidadari.
untuk dia yang setahun menginjak usia,
jangan sekali lelah dengan ragam dunia
untuk dia yang setahun menginjak usia,
teruskan berjalan pada masa depan
untuk dia yang setahun menginjak usia,
sayang dia.
sungguh.

dari lubuk nurani syukur buat Illahi.
moga pautan tangan-tangan ini erat hingga ke syurga.


dari : ajue,najwa,aisyah dan hanis





Friday, July 16, 2010

Tanggal kemerdekaan

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia
(uit ape lak da naik harga gula minyak sekalian nak kena promo lagi ke?)

Silap... Salam kemerdekaan! (*fireworks2!)



Dengan berakhirnya oral Patho sebagai garis penamat larian pecutan selama 2 bulan tadi
Maka diisytihar berakhirlah segala tunggang langgang hidup selama ini
Alhamdulillah...terharu sungguh (sob3)
Agenda after exam ape geng?
wah2~ bersusun2!

Listed... check2!
Balik Malaysia (oh no!)
orang 1st balik sebab nak kahwinkan abang dia (penting gila dia nih)
Should now have you things packed
Otherwise you would be very kelam kabut keluar segala bagai syndrome nanti
well girls, we do have less then 24hours to bully her. (terbit tanduk di sini)
Welcome Malaysia! Well for the others, Hussein here we come!!!

Next on the list!
Labbaikallah...Hummalabbaik...Labbaikala syari kalakalabbaik...
Though our study period had end, she still pulling herself
Tawaf, khatam about 30 siries of umrah, mangulangkaji pelajaran2 berguna
Eh of course we'll miss our young nanny very3 much!
Especially teman coba-coba beside her room
And we sadly say our tulang ikan portion will be missing too (sayu di sini)
Welcome Haramain! May HIM granted her with everything she pray (jodoh included,together with result outcome~)

As usual, three of us left...
What to do?
Oh, simple daily routine life I guess
One of us has plan to finish all the Siamese drama put on the youtube
Kap khun kap~
Together with healthy lifestyle that she ought to do (which I barely believe whether berjalan or not...)
Jogging in the morning, spa in the evening, with attending ustaz class
Girls, lets hope and pray she did achieve her goal (tadah tangan semua...ameen~)

What about the other two?
Well, most likely one is busy planning the travelling thing
Go to Alex, Cairo, Matruh Siwa, shopping, gitar bla2
Which of course making her facial expression become more and more likely to wrinkle
It's okay~ Love to see her the way she is (puji2 sikit nanti dapat che mek molek supper nanti okay? puji2 )
And leave the one and only
Ajk perhubungan yeah!
I kindly help to keep all of you in touch with the socialising things
So all plan goes well and may you have safe trip journey
Yeah3!

whatever it is
Still we've one thing similar ought to do
Let's us keep pray that Allah gives us najjah this year
Yakin ada nikmat dalam kesabaran
Yakin ada hikmat dalam penantian
Yakin ada tersirat dalam tersurat
Yakin denganNya
Jadikan hamba2Mu ini paling yakin dengan doa2
namun paling redha dengan ketentuanMu

Allah knows best, cause He's d best planner!
Bear in mind with that
May Allah grant our wish, the one that we pray almost every day



Saturday, July 10, 2010

fantasi ke realiti?

Tonyoh-tonyoh mata kejap, blur bunyi bising orang tekan loceng. Gua nak tido nih. Ape hal pulak ade org main tekan loceng. Eh, kejap apsal gua membahasakan diri gua. Adekah untuk menampakkan tanda-tanda rock dan cool sesudah bangun tido akibat bunyi loceng yang berterusan. Eh salah-salah. Mamai mungkin.batting eyelashes Takpe rileks kejap, padahal dalam hati dah cuak dah pasal 2 3 kali  loceng berbunyi. Eh, tak paham betul orang yang tekan loceng tu. Dah tiga kali tu agak-agak la kan, nak-nak pulak time tu dah pukul 1 lebih pagi. Cuak ape nak bukak pintu. Psycho kot.

Selepas, agak yakin dengan keberanian diri sendiri barulah menapak keluar dari bilik. Oh, muka masa tu tak payah cakap, cukup comel barangkali (eh perasannya)rolling on the floor Keluar je dari bilik, rupanya segerombolan ahli kongsi tidur pun terjaga rupenya dek bunyi loceng yang agak saiko itu (minus seorang ahli active yang suka betol tido lambat, gua tak paham camne nak tido lambat sbb gua cukup time mmg ke katil la jawabnya).

 ala-ala comel muka bila mamai.

Benda pertama sekali terlintas kat kepala gua, adalah pintu kayu ruma kitorg tu berselak atau tak. Takot woo. Buatnya orang tu nak ape-apekan kitorg dia godek-godek pintu kayu yang separuh usang itu. Oke, nasib baik pintu dah berselak jawab ahli kongsi tidur yang lain. Eh, masa ni muka semua dah separa cuak. Muka yang mamai pun jadi segar bugar.

eh, xdapat gmbar sebenar pun xpelah kan, gambar tipu-tipu pun layan.

Lalu, selepas beberapa minit, dengan secepat kilat ahli kongsi tidur meminta bantuan pasukan penyelamat.Mujur, pasukan penyelamat di hujung talian, sanggup meredah kepekatan malam untuk mencari gerangan penekan loceng rumah kami.


oh,ini namanya lega rasanya bila tau pasukan penyelamat akan datang.

Agak-agak keadaan dah stabil, gua pun kembali ke bilik. Tak lama lepas tu, pasukan penyelamat pun memberikan laporannya. Sapekah gerangan penekan loceng itu? Ada nada agak blur di hujung talian berbaur tawa yang berselang-seli. Erk, delivery guy? Gua pun tonyoh-tonyoh mata. Tak, gua tak mimpi. Ini realiti.






Wednesday, July 7, 2010

kasi sharpen bahasa,meh pinjam pengorek

tengok tajuk pun dah tunggang langgang.rojak cendol kari ayam sume campur.tade darah mix cam Fido Aisoh pon kot.awat ang kecek supo lagu ni? [Zack bukhairi tanye camni kan kan?] keh keh keh
..............................................................

Pagi hari Rabu tak macam hari-hari biasa.Memandangkan semalam last paper written maka pukul 9 pagi semua selamba je landing atas katil sambil garuk-garuk gatal baroris.Hari biasa pukul 9 sudah perlu khatamkan buku medik yang 'best'.Siap terbongkok-bongkok hafal nama parasit.

Haip..enjoy gapo nye.Masih ade oral lah .Siap memerlukan broca's area yang stabil dan ampuh dalam bahasa ibunda moyang saya lagi , yaa Bahasa Inggeris. Jadi,agak bermotivasi tinggi untuk memulakan hari membaca berita daripada surat khabar omfuteh sebab bahasa omfuteh saya sekarang memang can't go.Karat.Rusty.Pulang England raya nanti mesti nanny sedih tak faham saya punya cakap.


lisa rakan borak my kampung's accent bila kelapangan dulu-dulu


Ini semua mesti sebab Egypt tak boleh subscribe The Star, selain daripada kuliah yang Dr.akan bertanya 'are you understanding? ' untuk mendapatkan attraction dari pelajar.oh,bukan.attention.


Teingat pulak zaman sekolah menengah..Setiap hari akan 'take turn' dengan kawan meja sebelah nak baca surat khabar dulu.Sampai beratur 'queue' nak nak kalau hari itu ada cerita pasal 'kontroversi artis S dengan Datuk M' atau 'Kerajaan bersedia memansuhkan SPM'.

Selalunya Utusan,Berita Harian dan Harakah akan jadi medium bacaan utama rakan kelas.

Maka, saya yang sering lambat menjerit 'aku nye turn lepas kau' terpaksa membaca The Star untuk warming up.Tak faham pun buat buat paham sambil pinjam mek sebelah punya kamus digital Besta yang bila tekan keluar suara orang tu.Woah..semangat punya zaman.

Cop,bile masa mrsm kau subscribe The Star?
.......
Erk...tade eh?Mungkin baca abah punya kot




nota hiasan : saya sudah berhenti baca The Star.boycott.meh baca Manga.

Saturday, July 3, 2010

the beauty

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda
"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah S.W.T maka...

  • Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah S.W.T.
  • Barang siapa yang berpuasa pada tanggal 27 Rejab/israj mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
  • Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bula Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.
  • Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal1, 2 dan 3 Rejab  maka Allah S.W.T akan memberi pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkan dari bahaya dunia dan seksaan akhirat.
  • Barang siapa yang berpuasa selama 5 hari dalam bulan ini, i.allah permintaanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
  • Barang siapa yang berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutpkan 7 pintu neraka jahanam dan barang siapa yang berpuasa 8 hari maka dibuka 8 pintu syurga...
  • Barang siapa yang berpuasa selama 15 hari dalam bulan ini, maka Allah S.W.T akan mengampuni segala dosa-dosanya yang lalu dan menggantikan semua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah akan menambahkan pahalanya.
Sabda Rasulullah S.A.W...
"pada malam israj mi'raj , saya melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk dari air batu, dan lebih wangi dari minyak wangi, lalu saya bertanya kepada jibril as "wahai jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka Jibril menjawab "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini".
Dalam sebuah riwayat Thsauban bercerita..
"ketika kami berjalan-jalan dengan Rasulullah S.A.W kesebuah kubur, lalu baginda berhenti lalu menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada Allah S.W.T. Lalu saya bertanya kepada baginda.."ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?..lalu baginda bersabda.."Ya Thsauban, mereka itu sedang diseksa di dalam kuburnya dan saya berdoa kepada Allah S.W.T, lalu Allah meringankan atas mereka.
Sabda baginda lagi " wahai Thsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab, nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur. Thsauban bertanya lagi.."Ya Rasulullah...apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam di bulan Rejab sudah dapat mengelakkan seksaan kubur?
sabda baginda "Wahai Thsauban, demi Allah yang telah mengutuskan saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana Allah S.W.T, kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.

Friday, July 2, 2010

mahu

Aku ingin membungkus hati lalu campakkan ke mana-mana gaung,
Supaya tak dihujani buih-buih ragu,
Kamu mahu ikut?